Sibuk Betul

25 September 7 Comments

Minggu ni agak sibuk dengan macam-macam agenda dan program luar.. mula dari isnin dan selasa aku ada program 1 citizen dengan adik-adik di SMK Sg Kruit, Sungkai Perak.. pagi isnin lagi kamiorang (team kerja aku + beberapa lagi rakan lain) gerak untuk handel program One Citizen kat skolah tu.. Untuk sesiapa yang tertanya-tanya apekebenda lah  Program One Citizen (1 Citizen) ni ? Apa itu 1 citizen ? Silalah rajin²kan jari jemari klik ke laman web ni untuk lebih info.

Seawal jam 8.20 pagi kamiorang sampai kat Makmal Komputer skolah tu dan kami disambut oleh murid kat situ yang dah ready tunggu kehadiran kami sebagai fasilitator dorang untuk hari itu.. Untuk hari pertama, nothing much -- cuma perlu setelkan 8 Modul dan selepas tu para pelajar dikehendaki menjawab soalan online -- 45 soalan dalam masa 50 minit dan selepas tu perlu buat 1 portfolio. Tapi untuk hari pertama kamiorang cuma go through beberapa contoh portfolio sajelah untuk bantu adik-adik tu lebih faham..

Hari kedua -- proceed dengan menjawab soalan dan lepas setel je sesi tu terus proceed siapkan portfolio masing-masing dengan bantuan dan tunjuk ajar kamiorang.. Sangat best bila program kita disambut baik oleh audience kita.. 

Rasa sangat heaven bila audience kita bersungguh-sungguh buat--
Bersungguh shoot scene tertentu--
Bersungguh bertanya mana yang tak tahu--

dan alhamdulillah kamiorang dapat setelkan pada tengah hari je untuk hari kedua tu.. so maksudnya takdelah adik-adik skolah tu balik lewat.. Kamiorang tutup program haritu dengan sesi fotografi dengan adik-adik tu semua.. disebabkan ada dua kelas yang terlibat so kamiorang snap ikot kelas memasinglah.. memang happy je semua adik-adik nih.. Terbaeklah korang ! Semoga kalian jadi anak yang baik dan berbakti pada ibubapa masing-masing ya :)



Kelas 4 K


Kelas 4 D




UPCOMING PROGRAMs :

1.Rabu | 25 September | Expert Workshop Jahitan Manik | Pi1M Besout 4, Sungkai Perak
2.Rabu | 25 September | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 5 SK Sri Besout, Sungkai Perak
3.Khamis | 26 September | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 6 SK Sri Besout, Sungkai Perak
4.Rabu | 2 Oktober 2013 | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 1 & 2 SK Sri Besout
5.Khamis | 3 Oktober 2013 | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 3 & 4 SK Sri Besout
6.Jumaat,Sabtu,Ahad | 22,23,24 November 2013 | Karnival Pi1M | Padang Awam Felda Sg Behrang


S.h.i.t

19 September 24 Comments


Aku tak tau lah sama ada aku yang emo ke atau apa tapi ceritanya begini -- entry aku yang sebelum ni pasal aku diuji seawal hujung Ogos haritu. Mak dan abah sakit.. Alhamdulillah semakin pulih walaupon belum sepenuhnya.. Aku masih bersyukur sebab masih ada peluang bersama keduanya..

Apa yang s.h.i.t nya kan ? Sabar. Belom sampai ke part itu lagi.. Abah aku athma itu hari -- aku terus bawak ke Hospital Slim River.. Memandangkan masa aku drop kat emergency area tu kondisi abah memang dah macam nyawa² ikan waktu tu so tanpa perlu banyak kerenah, terus je jururawat lelaki yang kat kaunter tu arahkan aku bawak abah terus ke Bilik Kuning (Pemantauan).. Ok lah sebab nurse terus buat apa yang patut  tanpa perlu banyak soal pon pada aku dan mak.. ok setel part Hospital Slim River.

Lepas beberapa hari, abah aku pitam masa kat kebun sawit milik kami.. Nasib baik waktu tu abang long aku ada balik cuti sempena cuti Hari Malaysia.. Teruslah dia bawak ke Klinik Kesihatan terdekat dalam Felda aku ni.. kebetulan waktu tu hari off day cuti hari malaysia tu so abang aku call nombor siapa yang 'on call' pada hari tu lah..

Rawat abah -- kasi masuk air -- inject sikit -- kasi rehat few hours -- boleh balik.. Esok kena datang semula untuk amek darah (kena puasa start dari malam lah)

Ok kisah s.h.i.t nya bakal bermula di sini -- 

Pagi besoknya selepas kejadian pitam tu, abah aku pegi la sendiri naik motor dia ke klinik kesihatan tu..  sebab tak jauh sangat dengan rumah dan aku kena kerja so tak boleh la nak tolong bawak abah pegi.. seawal jam lapan pagi abah dah pegi.. Punya nak kasi setel awal sebab memang selalunya klinik tu akan pack dengan orang yang sakit macam-macam.. Dari jam lapan abah pon tunggu.. Bila sampai je turn, ok nurse pon bagi lah arahan :


"ok pakcik kena pegi belakang untuk ambil air gula"


Abah aku pon pegi lah belakang. (memang takde guideline langsung lah 'belakang' tu ke mana)
Bila pegi 'belakang', nurse yang situ pulak suruh pegi 'depan' sana untuk bla.. bla.. bla..

Last² sampai jam dah pukul duabelas tengah hari, abah aku pon ringankan mulut tanya nurse kat kaunter,


Abah aku : "ni camne pakcik ni, nak kena tunggu ke atau nak kena datang besok ke camne ni? "

Nurse  : "errrrrr... ala ni pakcik kena datang semula Jumaat nanti ni pakcik"


Nampak tak ? Dari 8 pagi abah aku ditendang ke sana sini, pastu last² bila dah pukul 12 tengah hari -- bila dah orang ramai tadi dah makin surut plus makin clear dah takde orang menunggu giliran lagi dah, baru lah nurse tu nak suruh abah aku mai semula Jumaat nanti.. JUMAAT nanti kena mai balik ? Si abah punya lah puasa dari malam tu -- nak kena amek darah punye pasal..waddehek !

seriyes macam shit je aku dengar bila abah aku cerita masa aku balik kerja petang tu.. aku sendiri pon takkan tergamak nak tendang² customer yang datang tambahlah kalo diorang jenis level abah-abah aku.. 
mana pegi humanity bro ??
ape dah tak boleh berbudi bahasa ke kalo dah keja dalam klinik ??

aku tak tahulah cemane keadaan sebenar kat klinik tu sebab aku memang jenis yang takkan pegi klinik kalo sakit demam ke hape tapi base on ape yang partner kerja aku cerita, memang macam haram jugaklah sistem kat klinik tu.

sebolehnye aku takmau sakit demam. takmau jejak kaki ke klinik tu. hospital tu.
sebabnye ? 
sebab inilah ! 

dah dua kali kena layanan macam shilake ni..
kat hospital slim river itu hari kena satu kali masa adik aku eksiden.
kali ni kat klinik dalam felda aku pulak.



*UPDATED : S.H.I.T yang ni bukan yang mencarut tu tau.

s = seriyes
h = hati
i = ini
t = terluka

haaaa itu yg sebenarnye di sebalik s.h.i.t tu.
bukan mencarut tau.
tak. aku bukan kaki carut.
sungguh.
sebab tu aku tulis style macam ni -- s.h.i.t
maaf kalau ada kawan² yang fikir itu carutan.
kehkehkeh


Sebak Rasanya

08 September 22 Comments

September. Aku diuji seawal ujung Ogos.
Mak demam. Muntah-muntah..
Berlarutan seminggu..
Jamah nasi, muntah.
Air seteguk ditelan, sebaldi dimuntahkan--
Aku dan abah buntu.
Ke klinik sudah.
Ubat-ubatan sudah.
Hanya doa dan tawakal.
Alhamdulillah hari kelapan mak pulih.
Beransur pulih.




Lapan September.
Kali ni Abah. 
Athma --
sekian lama tak sesak nafas,
kali ni abah tewas.
Turun naik dada abah.
Nafas tersekat.
Sekali lagi aku diuji.
Satu-satunya puteri dalam keluarga--
Aku tak pedulikan apa.
Hanya hospital destinasi dalam kepala.


Mak Abah, 
Aku sayang mak dengan abah
seluruh jiwa raga

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mohon,
janganlah Kau ambil mereka
Selagi mana aku belom bahagiakan mereka--