Orang Perempuan Ni


Orang perempuan sifat dia kalau kasar---
Sebenarnya  mereka ni lah yang paling mudah untuk didekati.
Sebab mereka kalau gurau kasar, tetap boleh terima.
Cuma satu je tentang mereka ni ---
HATI mereka tetap perempuan.
Kasih sayang mereka tetap lembut.
Dan teman mereka tetap yang satu --- "menangis"


Senang je sebenarnye nak tackle perempuan.
Cuma kena mencuba.
Try.
Tak berjaya ?
Cuba lagi.
Tapi kena bersungguh.
Dan jujur.



Ooo yang ni lah


Salam Aidiladha.. masing-masing pakat dalam mood beraya lagi kot.. Raya aku masih macam tahun sebelum-sebelumnya jugak --- masih berstatus single.. belom berumahtangga jugak.. dan maksudnya belom ada hasben mahupun anak-anak lah.. tapi aku adala sorang dah anak sedara. Nak wat camna, rezeki abang long aku masih takat tu je untuk part anak. moga² ada rezeki melimpah ruah buat abg long dan kakak iparku.. aminnn

Haaa sekolah pon dah makin ke penghujung tahun.. Cuti sekolah pon makin dekat.. Bila cuti sekolah datang je, makna kata kenduri kendara jugak makin melambai-lambai lah..Dalam erti kata mudahnya, cuti sekolah jugak memang sinonim dengan majlis kenduri.. Tak kisahlah kenduri kawen ke, kenduri cukur jambul ke, kenduri bertunang ke.. Dan selalunya kalo kenduri kawen lah, mesti akan ada DJ atau pengendali PA sistem yang akan memeriahkan suasana majlis walimatulurus tu.. Cita pasal DJ ni, dua tiga hari lepas aku ada la melawak-melawak dengan sorang Abg DJ ni.. dia ni antara DJ majlis terbaeklah yang pernah aku kenai..

Mulanya perkenalan aku dengan Abg DJ ni adalah masa Karnival Hari Terbuka Pusat Internet Felda Gunung Bongsu masa tahun lepas kat Kedah.. Aku memang kagum abeh kat Abg DJ ni disebabkan pembawakan dia dan jugak cara dia perform di sepanjang program berlangsung.. Mula dari situ jugaklah aku dok ushar semua event yang dia update kat fesbuk mahupun kat blog dia.. 

Dan aku sangat salute kat Abg DJ ni sampaikan aku sanggup fight bersungguh untuk dapatkan dia sebagai DJ bertugas pada Program Karnival Jalurlebar tempat aku nanti.. Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku salute dan bersungguh-sungguh fight untuk itu... Abg DJ ni sangat sempoi dan memang loqlaq habeh baq hang ! hahaha adeh la...




Abg DJ ni orang Kepala Batas, Pulau Pinang.. Jangan tanya kenapa aku yang dok kat perak ni sanggup nak hire orang Penang.. Awatnya orang kat Perak takdak dah ke DJ yang best camtu ? Jawapan aku satu je --- memang takdak yang macam Abg DJ ni. 

So sapa-sapa yang bakal melangsungkan walimatul'urus dan masih tercari-cari DJ atau PA sistem harga sempoi  boleh la rajin-rajin p terjah terus fesbuk Abg DJ ni.. atau pon p jenguk blog dia.. Diskas sendiri harga apa semua.. Sebut je nama ANAMIZU. Konfem dapat diskaun. Tapi kalo tak dapat, jangan maki hamun berbakoi kat aku pulak naaaa.. kehkehkeh



Ok Dah Selesai


Alhamdulillah harini setel Program 1citizen Siri 1--Edisi Oktober yang kamiorang jalankan kat SMK Trolak (SEMETRO), Perak.. Bermula 5 Oktober lagi dah kamiorang mulakan sesi hari pertama dengan penerangan 8 Modul Utama dan jugak sesi membuat Portfolio.. Aku sendiri yang mulakan talk pada hari tu... Kali ni 2 kelas jugak yang terlibat iaitu pelajar tingkatan 4 Sinar dan tingkatan 5 Sinar.. 

Seawal jam 8.00 pagi lagi adik² tu semua dah ready dalam makmal komputer SEMETRO tu.. Aku dengan 2 orang lagi member sampai agak lewat 15 minit disebabkan kamiorang tersesat dan tak jumpa cari sekolah SEMETRO tu.. maklumlah tak pernah masuk ke Felda tu sebelum ni.. Tapi alhamdulillah dalam pusing² dok cari tu terjumpa jugak... hehe nerves jugakla aku sebabnye aku yang kena bagi talk pagi tu pastu terlewat sampai pulak kan ? Sampai² je kat Lab Komputer tu, semue mata dah memandang kamiorang,  manenye tak nerves engko ! =P

Tapi alhamdulillah bila dah dapat pegang mic je, haaa tak hengat engko ! Tu pon sipbaik memang aku jenis set masa tiap kali bagi talk -- aku takkan jauh dengan jam. Tak kiralah jam dinding ke, jam tangan ke or even jam kat henfon.. So aku boleh bajet berapa lama lagi aku perlu membebel kat depan supaya tak terover amek masa.. kehkehkeh


4 Sinar

5 Sinar


Cikgu Amir selaku cikgu IT diorang pon sangat memberi kerjasama sepanjang taklimat program dijalankan.. Dan ekceli aku lebih suka program² camni sebabnye :

1-Bertukar surrounding kerja (takdela kena hadap benda sama je)
2-Pengalaman -- bercakap in public, kerja² manual, ad-hoc decision
3-Berkongsi ilmu dengan komuniti luar


Computer Lab SEMETRO ni dah ok -- komputer baru + flat screen cuma :

1-Takde kemudahan internet / wifi / LAN


Aku doakan adik² SEMETRO jadi anak soleh, solehah dan jangan lupa tanggungjawab sebagai pelajar.. Kalo ikot pada apa yang diluahkan Cikgu Amir tentang sikap  kebanyakan pelajar zaman sekarang ni, memang agak membimbangkanlah.. Eventho aku sendiri belom kawen dan belom ada anak, tapi sikit sebanyak aku dah mula terfikir, kalo zaman duaributigabelas sekarang ni pon murid sekolah dah berani belagak dengan cikgu, entah cemanelah nanti sepuluh tahun akan datang.. 


*Apa itu 1citizen ? Klik sini untuk lebih info


Oh Pelisss Lah






duaribu tigabelas --
bukan sesuatu yang pelik pon kalo org beli brg online.

contoh:

dia ni bekenan kat satu kasut.
jenuh dah pulun cari dalam dunia nyata.
tapi tak jumpak pon yang bekenan.
kalo ada pon -- mahal nak mampos.

dah bila dia jumpa kat alam 'online',
plus dia beli barang tu pulak guna DUIT dia sendiri,
ape relevennya dia nak kena inform atau mintak izin sesiapa ?

"cehhhh dah mcm org kaya je nak beli² online..
memang sengajala takmau bagitahu kan?” –- sinikal.  

pelis la--
positif thinking la sikit bro.
penat lelah dia usaha kumpul duit dia sendiri,
untuk reward diri dia sendiri --
apa salah kiranya ayat tu kasi sikit positif sapot ?


demmm.



************************************

UPCOMING PROGRAMs :


1-Sabtu,Ahad | 5 & 6 Oktober | 1Citizen | SMK Trolak, Perak
2-Jumaat,Sabtu,Ahad | 22,23 & 24 November | Karnival Jalurlerbar | Padang Awam Felda Sg Behrang, Perak



 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu