Slumber Gila | Libster Award

dah lama tak buat benda-benda gini -- tag mengetag jawab soalan dari kengkawan blogger.. maklumlah semenjak dua tiga menjak ni bizi *cliche nau jawapan* tapi memandangkan kalini ada budak kiut tag aku so dengan berbesar hati aku sudi menaip jawapan hehe


soalan 1 : Pasukan bola sepak pilihan anda.
jawapan : takde team specific -- aku tengok bola time world cup je. tu pon aku tengok sebab kebetulan abah aku on tv time sahur (kalo terkena time tu bulan Ramadhan la)

soalan 2 : Lagu patriotik kegemaran.
jawapan : inilah barisan kita. sebab bunyi semangat army gitteww.

soalan 3 : Berikan nama negeri yang anda duduki dan berapa buah daerah yang terdapat dalam negeri tersebut.
jawapan : negeri aku duduk sekarang -- Perak. Ada 9 daerah semuanya dalam Perak ni. konfiden gila dak jawapan aku ? kehkehkeh

soalan 4 : Asam pedas berasal dari negeri mana ?
jawapan : Negeri Sembilan kot. atau pon Melaka.

soalan 5 : Dalam banyak-banyak pantun, pantun mana yang paling anda sukai ?
jawapan : aku paling suka pantun Johan kat slot Johara. dia belom start lagi aku dah gelak dulu. hahaha

soalan 6 : Kalau celup stoking putih dalam air berwarna merah, stoking jadi apa?
jawapan : stoking jadi basah dan berkemungkinan akan jadi merah lah kot.

soalan 7 : Apa yang anda faham tentang "buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan"?
jawapan : tudia soalan jenih apa nih ? menurut kefahaman aku -- buah cempedak tu kat luar pagar dan tak semestinya kat atas pokok. boleh jadi cempedak tu ada kat atas tanah je cuma dia di luar pagar dan tak sampai nak ambik guna tangan memandangkan tangan tak berapa nak panjang. so kena lah guna alat tertentu seperti galah misalnya.

soalan 8 : Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
jawapan : Korea agaknye sebab aku tengok ramai dari sana je kpopers.

soalan 9 : Siapakah yang mencipta blogger.com ?
jawapan : Evan Williams. hensem orangnye.

soalan 10 : Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best ?
jawapan : Errr entah aku rasa tak best mana pun blog aku. boleh gitu ? =P

soalan 11 : Apakah perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan di atas?
jawapan : Takde perasaan. kehkehkeh takdelah. aku jawab masa kat ofis sebenarnye. yelah sebab time aku jawab ni free sikit so boleh rilek-rilek je lah aku merepek kat blog aku ni.

Soalan Tambahan :

1. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan di atas.
Jawapan : Budak tu memang nak kena sebab mengeTAG aku dengan soalan-soalan tahap exam UPSR camtu. gila stress aku mikir jawapan hahaha. 
Ehh takdelah. ini jawapan sebenar aku -- Hey Budak, lain kali TAG lah lagi hehehe

2. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan di atas?
Jawapan : sesungguhnya ya. untuk soalan 9 tu aku google sebab memang aku tak tawu dan aku tetiba rajin untuk mengGOOGLEnye. kehkehkeh

aku takmo tag sesiapa. 
kereta aku yang exiden tu esok baru nak bawak p berubat sobss sobss *lap air mata*




25 comments:

  1. yey, mekaseh kak anamizu sudi jawab soalan budak (^.^)
    asam pedas asal melaka. hehe.
    sy pon orang perak jgk.
    moga kereta kak ana cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesame dik ! sory sbb lewat sikit jwbnye hehe
      sama la kita org Perak ye? hehe
      inshaAllah moga2 cptlah sembuhnye sobs sobss

      Delete
  2. Yg cipta blogger.com ni ensem ek..die dh kawen ke? Kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ensem ezy ! errr kawen ke belum tu tak sure pulak kehkehkeh

      Delete
  3. heheheh... hensem orangnye ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betoi plain. hensem orangnye =P

      Delete
  4. haha tahniah sebab dapat award ni

    ReplyDelete
  5. fuhh nadyya xjwp lg yg ditag oleh budakk ni.. ramai org tag.. x terjawap lg..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe tu nadyya dah jwb dah tu kan? hehe

      Delete
    2. baru selamat menjawab..kehkeh

      Delete
  6. Ok lah tu... sempat juga menjawab soalan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat jugelah sebab ada masa free walaupon agak lewat kikiki

      Delete
  7. Kalu jawapan betul dapat hadiah tak? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kena tanya pada yang TAG tu lah kot hehehe

      Delete
  8. Aku tak pernah nak tahu pun sape yg cipta blogger.com
    Sbb baca entri ni, aku tahu sikit...
    Hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon x penah nak amek tahu jugak sblm ni.
      bila dah kena mnjwb soalan tu je baru gigih google hahaha

      Delete
  9. hihih.. xmo tag sape2 kan.. ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. takmo kot. kalo yui rajin, buatlah ekekeke

      Delete
  10. haah K stands for Korea lah sbnrnye hehe
    samalah pandai guna je. tu pon baru google je =P

    ReplyDelete
  11. Ish2 susahnya soalan dia.. mau kena buka google berkali2 juga ni haha..

    ReplyDelete
  12. hahaha... tanya ambo pun ambo tak tau no 9 tu... kuang3x...

    ReplyDelete
  13. yang tang blogger.com tu tak prnah terfikir pun. hahaha.

    ReplyDelete
  14. Menarik cara jawab soalan ke-7 tu..hihi

    ReplyDelete
  15. teruk ke xcidentnye? orgnye ok?

    ReplyDelete