Janji Tetap Janji

dalam pada dok bertarung dengan kondisi yang tak berapa pulih sepenuhnya, aku gagahkan juga untuk setelkan beberapa aktiviti sempena cuti sekolah aritu..

 
 
 
Antaranya kuiz matematik dan ujiminda, permainan orang balak, chef cilik membuat cupcake, straw kiss, tiup belon paling besar, pijak belon diikat pada kaki dan yang last liga tuju kasut. alhamdulillah setel jugak semuanya walaupun bajet untuk program kali ini lebih ciput daripada yang sebelum-sebelumnya, tapi aku dengan partner kerja aku berjaya jugak buat beberapa aktiviti yang tak sia-sia. setiap aktiviti tu semuanya perlukan kerjasama antara ahli pasukan kecuali untuk kuiz matematik tu je kena buat masing-masing. mulanya aku ingatkan takde sambutan sebab hadiah pun tak grand sangat macam sebelum ni, tapi rupanya alhamdulillah masih ramai adik-adik yang sudi join untuk edisi cuti sekolah kalini. 
Bila ditanya aktiviti mana yang paling seronok -- jawapannya membuat cupcake sebab boleh dapat makan free cupcake yang masing-masing dah buat tu hehe.. dan jugak liga tuju kasut tu pun rupanya dapat sambutan yang baik.. majoriti adik-adik ni lahir zaman tahun dua ribu jadi dah semakin berkuranglah pendedahan tentang permainan tradisional macam tuju kasut ni.. bila dapat peluang main kalini, semua bersemangat nak menang rupanya ! dengan aku sekali yang tengok pon rasa teruja nak join sekali.. mana taknye, mengimbau balik kenangan masa kecik-kecik dulu. ini lah antara permainan paling havoc untuk kanak-kanak yang lahir tahun 80an dulu.. semua aktiviti majoritinya outdoor pastu lasak. main sampai kotor-kotor habes segala baju seluar.. pastu balik nanti kene bebel dengan mak.. tapi esok buat lagi kehkehkeh

Jenuh Pulun

Allahuakbar. tengah syok syok bersemangat waja aku dok pulun organize macam-macam aktiviti cuti sekolah untuk adik-adik yang tengah cuti sekarang ni, satu kali demam selsema menyerang pulak daaaa. haishhhh sabar. dugaan ni ana. program stil kena proceed sebab dah keluarkan flyers apa semua. nak taknak dalam pada dok tahan hingus meleleh tu, jalan gak la program. maap la ye lama pulak ghase tak hapdet.. cuti-cuti ceni memang diserang hebat aje pagi petang. malamnye pulak dah tak lalu la pulak nak tongkat mata.. ni pun dok srett srett lagi hidong ha.. 

aku ni pulak jenis jarang-jarang sekali demam tapi tu la bila dah kena, haaa mula la kena yang paling teruk.. kalo setakat selsema saja takpe tapi dia mai sekali dengan sakit kepala pastu terus rasa berat je mata ni nak bukak ha.. kalo ikotkan hati dan rasa yang tak larat memang nak landing je atas tilam sambil pejam mata belayar ke alam mimpi tapi tak berapa nak buleh sebabnya aku kena setelkan dulu program tu semua.. huwawawa 
dah la sekarang ni musim panas lain maciammmmmm dia punya panas.. sebelah malam pun tahap panas dia lain maciamm. sampaikan rasa nak tido dalam bilik air la. haaa punya panas.. ni pun sipbekla rumah kampung --- angin keluar masuk dari segenap ruang. kalo duduk rumah flat, aku tak tau nak katala cemana tahap panas tu.. dua tiga malam ni memang aku stanby towel kecik + air dalam mangkuk untuk jelum kepala masa tengah layan mata nak tido tu... tu pun kena buat sendiri la. nak harapkan hasben non hado kate ko adehhhh semoga cepatla dipertemukan jodohku dengan putera hatiku.. aminnn fuhhh fuhhhhh kehkehkeh ~


 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu