Agak Kental Jiwanya

10:52 PM 10 Comments A+ a-

Aku terbaca kisah ni di malaysia-tribune. Macam agak sedih bertimpa-timpa pada si empunya diri ni.

"...Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu.. Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lg. Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ). Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?

Tp betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala..

Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.

Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pada dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya ke rumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah... menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik ke rumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami. Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa ibu bapa saya sebagai saksi.

Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu.. mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dah redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.

Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah , kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG, IBU SAYA . Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur. Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..r ezeki dipermudahkan.

Selepas 2 tahun, saya diuji lagi.. suami bernikah di sempadan dgn janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu.. hampir sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dgn perempuan juga. Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.

Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya, kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan. Isteri baru suami menyatakankata kekurangan saya.. saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah, api air,unifi, pampers susu, insurans, duit dapur dan duit bg emak semua atas saya?

Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, ada bagi.. tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya, menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi. Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa suami tak ada duit,saya ada. Kita org tua tak makan tak apa, anak2 perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum sakit mereka lagi, kita sakit makan panadol tidur . Budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang kerumah, saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta, saya ukir senyuman utk anak2. Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di fb dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan anak2.

Saya bersyukur Allah SWT masih sayang , ujian saya ni kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai, Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya ke mahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat. Allah ada,Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa2 dengan suami, hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa, ada rezeki lain utk anak. Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat- bulat.

Buat isteri diluar sana, kalau suami ada perempuan lain, jangan menangis atau murung, bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja. Belajar berdikari. Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan..."


Bertalu-talu pulak ujian dia kena kan? Kalau lah aku diuji sebegitu rupa belum tentu aku mampu jadi setabah dia.. Allah maha tahu kan.. :")


10 Lovenote(S)

Write Lovenote(S)
sofie adie
AUTHOR
August 12, 2015 delete

ya Allah, tabahnya dia...
ketabahan beliau menjadi inspirasi...
sob6

Reply
avatar
Hanis Amanina
AUTHOR
August 12, 2015 delete

patutlah orang sekarang sangat menggalakan perempuan kerja - bila apa2 jadi, ada sumber kewangan bila suaminya tak dapat diharap -_-

hanisamanina.com

Reply
avatar
Ezy Loy
AUTHOR
August 12, 2015 delete

sedihnye bace.. kalo saye la suami msg ngn org lain pon dh marah giler2..
mtk dijauhkan la ngn bnde2 mcm ni..
kuatnye dia.. mampu hadapi dugaan berat mcm ni.. ='(

Reply
avatar
Deanna Morni
AUTHOR
August 12, 2015 delete

kesiankan....kita yg baca ni pun dah leh rasa beban yg dia tggung...ini kan pulak dia yg merasa semuanya....semoga wanita2 yg menghadapi situasi yang sama sentiasa tabah...sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama kita....

Reply
avatar
Farrah MF
AUTHOR
August 12, 2015 delete

Simpatinya! Moga mereka ni kuat untuk hadapi dugaan masing-masing. Insya Allah, ada sesuatu yang indah buat wanita-wanita ni.

Reply
avatar
Farah
AUTHOR
August 12, 2015 delete

Alahai sedih pula bila baca benda macam ni. Ini yang takut nak kahwin atau being in a relationship. Mama saya pun menggalakkan supaya saya ada steady income sebelum saya kahwin nanti.

Reply
avatar
Jari Manis
AUTHOR
August 13, 2015 delete

lelaki oh lelaki kenapa tidak boleh menjadi org bertanggungjawab nih adus!!!

Reply
avatar
August 16, 2015 delete

Adakah ini ciri2 lelaki akhir zaman?

Reply
avatar
Cik Mimie
AUTHOR
August 17, 2015 delete

Tabah sungguh akak ni..semoga hidup dia dipermudahkan dan sentiasa cibawah lindungan-NYA..

kalau terjadi pada Cik Mimie, xtauhu la boleh tabah mcm ni ke x..

Reply
avatar
August 19, 2015 delete

Assalam ana,
kadang2 tu kekuatan tu datang tanpa kita sedari
masa diuji baru kita nampak kekuatan sebenar diri kita

Reply
avatar