Anak Genius : Nama



Jangan memain dengan nama. Aku baru terbaca entry kat blog Hanis Amanina berkenaan dengan 'nama'. Aku setuju apa yang Aiman Azlan kata dalam video dia :

"Nama yang mak dan ayah kita pilih untuk kita, bukan semata-mata depa pilih untuk suka-suka. Nama tu membawa hajat dan harapan orang tua kita"

Contoh kalau kata nama Jamilah. Harapan mak dan ayah dia supaya anak dia sentiasa cantik sepanjang masa. Dan bila orang panggil kita dengan nama yang baik tu, dengan maksud yang baik juga, itu kan satu doa. Kalau tiap hari orang panggil "Jamilah... Jamilah..." haaa kan ke cantik sepanjang masa kalo gitu? hehehe

Aiman jugak kata, untuk pilih nama anak ni bukan perkara mudah. Mak dan ayah jenuh tau bergaduh bertegang urat perah otak sebab nak memikir nama terbaik untuk dibagi pada anak sebaik lahir je kedunia ni. Mesti dia cakap berdasarkan pengalaman dia dengan wife lettewwww hehehehe

Aku juga setuju dengan point Hanis kat entry Hanis yang pasal orang kat Malaysia ni kalau nama ada tiga perkataan tu adalah sesuatu yang normal. Malah kalau zaman sekarang ni dah jadi macam satu trend pulak bagi nama anak panjang-panjang sampai kadang tu agak susah jugak nak sebut dan juga nak mengeja namanya tu.

Contoh macam kat atas tu. Ada tujuh perkataan untuk nama dia sorang. Tu belum masuk nama ayah dia lagi. Tak tahulah nanti masa nak menulis nama kat kertas periksa cemane gayanya =P Tapi takpelah itu mungkin satu harapan parents dia. Dan diorang lebih tahu kenapa diorang pilih nama sebegitu rupa panjangnya.

Walau apa pun juga nama yang diberi oleh mak dan ayah kita, percayalah itu pilihan terbaik diorang untuk kita. Mana ada mak ayah yang nak pedajai anak dia sesaja bagi nama panjang-panjang. Takde. Errr tapi kalau kita nak tukar nama boleh je rasanya tapi kena pergi ke Jabatan Pendaftaran dan ikut prosedur yang ditetapkan. Bagi alasan yang kukuh apa semua pastu nanti dapatlah tukar nama yang kita nak. Errr mungkin boleh la kot. Cer tanye sesape yang kerja Jabatan Pendaftaran hehehe



26 comments:

  1. Assalam ana,
    betui3
    dari anak dalam perut dok belek nama hokeyh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm kak. tu la mesti exited habeh punya kan dok pilih nama anak hehe

      Delete
  2. Tapi, nama saya bukan parents saya yang bagi. Sobs T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh yeke? pastu siape yg bagi nama Farah?

      Delete
  3. Amboi pjg btl nama tu..huhu
    Ibu bapa mmg pilih yg terbaik tp belum tahap gaduh lg la kitaorg hihi..

    Asalkan membawa maksud yg baik kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pnjg betul nama dia ada TUJUH perkataan hehe. akak n hsben xde smpai gaduh ek hihi. haah betul tu aslkan mmbawa maksud yang baik :)

      Delete
  4. Yang penting, biarlah nama yg dipilih mempunyai makna yg baik. Setiap kali panggil nama anak, ibarat kita berdoa dlm membentuk akhlaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la betul tu teacher Farah. tiap kali panggil tu ibarat satu doa hehe :)

      Delete
  5. Naya jugak kalau nama pepanjang macam kat atas tu. Naya kat bakal suami dia. Jenuh nak ingat.AHAHAHHA.

    Apapun, saya bangga dengan nama yang parents saya bagi. Gittewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dia. naya kat bakal suami nanti nak akad tak tau la cemana hihi. moga2 dipermudahkan la urusan dia nanti :)

      Delete
  6. Rasanya kita boleh tukar nama dkat JPN tapi nama lama tetap kena bawa guna simbol @,
    dengan kata lain, kalau nak tukar nama sebab panjang, lepas tukar nama dkat JPN akan jadi lebih panjang. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh rupanya nama orang yang ada simbol @ tu sebab depa p tukar nama kat JPN la ye? haah la kalo camtu memang nama jadi lebih panjang la nanti hahahaha

      aku try set komen begambar gak lah. nak tengok jadi ke tak =D
      [img]http://i483.photobucket.com/albums/rr200/oo0haninozuka0oo/GIF/TiffanyHwang38.gif[/img]

      Delete
  7. kalu nama panjang sgt... susah nak angkat nikah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. konfem bakal hasben angkat kaki je cabut lari terus kang =P

      Delete
  8. kalo ade ank nk ltak name bunga la.
    mcm cempaka ke.. mawar ke.. melati ke..
    walaupon name klasik tp cantik mcm bunga. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahah nama klasik + moden gittewwww hahaha

      Delete
  9. Zumal dah cukup syukur dapat nama Ahmad Zu Mal. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  10. nama seseorg adalah doa. kalau panjang sekali pun tp bla pggl nama pendek (dan maksud nama tersebut mengandungi unsur tak baik) ttp tak kan smpi doa tu kpd si anak...

    ReplyDelete
  11. Ustazah sekolah KTC pernah cakap, bagi nama pendek dah ok. Nama itu doa. Sebut penuh itu lebih baik. So, kalau pendek takdelah payah sangat nak sebut penuh. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah pon betoi. nama pendek atau nama panjang sbnrnye takde mslh kalau sebutan & mksudnya elok hehe

      Delete
  12. Betul. Nama tu pun doa gak...Sekarang aku tengah fikir kalau ada anak nak bagi nama apa yang confirm orang ramai takkan panggil dengan nama shortform. Kalau pilih nama Ahmad pun org akan panggil Mat. Susah betul nak cari nama yang 3 perkataan tapi ada maksud yang baik. hmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nama x pnjg pon xpe, tp biar panggil nama penuh tu. mcm cnth kalo nama Muhammad biar panggil Muhammad gak la . hmmmm.

      Delete
  13. kalau masuk dewan exam orang dh start menjawab..dia belum siap tulis nama...kasihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul2. tu yg rasa nti kalo ada anak sendiri, nk boh 1 perkataan je.
      contohnye :

      Adam.
      Anisa.
      Amir.
      Aleesya.
      Cempaka.
      Dahlia.

      Haaaa cenggitu. senang. pendek. padat. mudah nak tulis & sebut hehe

      Delete