Ayaq Kopi



"...Tidak sampai tiga bulan jenama Ayaq - Warisan Kampung Citarasa Moden yang diusahakan tiga bersaudara Asyraf Suhaimi, Mohd Suhaidi Suhaimi dan Khairul Azhar Suhaimi telah berjaya menambat hati penggemar kopi dan teh di sekitar Lembah Klang dan Perak.
Nama Ayaq dipilih memandangkan ia berasal dari Bagan Serai dan penduduk di daerah itu sering menggunakan loghat Utara dalam pertuturan harian mereka.

Pengasasnya, Asyraf, 25, berkata, idea untuk mengkomersialkan Ayaq ini tercetus apabila mereka ingin ‘berkongsi’ kopi dan teh yang dijual di warung milik datuk mereka di Kampung Sungai Bogak, Bagan Serai sejak 50 tahun lalu.

Menurutnya, setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan singgah membantu di warung datuknya untuk membuat air kopi dan teh.
“Dari situ saya mula belajar resipi yang digunakan datuk untuk membuat kopi dan teh.

Kemudian, saya terfikir untuk mengkomersialkan produk itu untuk dijual kepada peminat minuman tersebut.

“Kami mengekalkan resipi yang digunakan iaitu rasa tradisional asli kopi kampung tetapi dengan gaya persembahan berbeza menggunakan konsep pembungkusan baharu mengikut citarasa terkini.

“Produk kami dibuat secara tradisional tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan ia boleh tahan antara empat hingga lima hari jika disimpan di tempat sejuk,” katanya.

Katanya, Ayaq mengeluarkan tiga jenis produk iaitu Ayaq Kopi (Black), Ayaq Kopi (Putih) dan Ayaq Teh yang dijual dengan harga RM5 dalam botol 450 mililiter.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ini memberitahu mereka amat menitikberatkan kualiti setiap botol air yang dihasilkan agar rasanya sama seperti 50 tahun lalu.

“Sejak Ayaq diperkenalkan kami berjaya menjual antara 3,000 ke 4,000 botol sebulan dan dalam tempoh enam bulan akan datang kami merancang untuk meningkatkan skala pengeluaran serta meluaskan pasaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, kami merancang untuk mengeluarkan produk lain berasaskan kopi dan teh mengikut selera pengguna,” katanya.
Asyraf berkata, pada masa ini, produk tersebut boleh didapati di beberapa kafe sekitar Lembah Klang serta program jualan barangan jenama anak tempatan seperti Tempatan Fest.

“Kami juga pernah menghantar produk kami di beberapa kafe di Ipoh.

Namun, pada masa ini, mereka yang ingin mendapatkan produk ini boleh berurusan dengan kami untuk menguruskan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur, Ampang dan Wangsa Maju.

“Penghantaran kami terhad  bagi memastikan kesegaran dan keasliannya terjamin. Kami akan memperluaskannya ke tempat lain dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sumber : Sinarharian

Aku mula tawu pasal Ayaq Kopi ni masa aku sibuk-sibuk dok meng'scroll' instegrem haritu. Masa tu aku dalam seminar hall kat Ipoh 8 Ogos haritu. Macam biasalah kalo pegi kursus, masa tu lah mata memang ngantuk gila. Kebetulan jugak masa tu ada event #WeekendAtThePark kat area Kinta Riverfront. Lepas Zohor dah mula program tu sampailah slot paling last dengan FynnJamal. Aku boleh jadi TERpegi ke sini pon sebab member aku sorang tu memang minat gila dengan FynnJamal. Mulanya tengok schedule slot FynnJamal tu pukul 10.20pm tapi tunggu punya tunggu pukul 11.30pm gak la baru sampai turn dia keluar. Dah la dengan hujannye. Payung pulak tak bawak. Gigihkan jugakla aku temankan si member aku sorang nih. Kalo aku bawak kete sendiri mau aku blah dah masa tu tapi memikirkan aku tumpang dia layankan ajelah kehkehkeh

Ehh nak citer pasal AYaq Kopi tu. Walaupun harga dia 5hengget sebotol tapi rasa dia memang padu! Sipbek aku bukan peminat kopi, beli sebotol tu pon jenuh aku nak perabeh tu pon paksa member-member tolong rasa (pada hal nak mintak depa tolong habehkan) =P



9 Lovenote(S):

  1. wahhhh nak try la.. huuu :) dahnya gila kopi ni.. hehehe

    **lamanya xsinggah sni .. rinduuu..heee

    ReplyDelete
  2. Ayaq ni macam agak famous juga dalam kalangan kawan-kawan saya. Diaorang asyik upload dekat instagram je.

    ReplyDelete
  3. Rs bangga bila tgk ank muda melayu islam yg success begini!!

    ReplyDelete
  4. wauuuu menariknya, pos mai satu... hehehe ;3

    ReplyDelete
  5. Botoi dia hipster sangat. Hahaha

    ReplyDelete
  6. baru first time dgr pasal ayaq kopi n teh ni..hehehe:) sayangnya Cik Mimie tak minum..hukhuk

    ReplyDelete
  7. Assalam ana,
    he3
    akak pun bukan peminat kopi
    kalo teh tu layan la he3

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu