Di Penghujung Waktu

30 December 10 Comments


30 Disember 2015-Majlis Perpisahan Bersama Rakan Sekerja


"Penat tak kerja sorang-sorang selama partner takde Ana?"


Sesungguhnya aku tak tahu jawapan bagaimana harus aku berikan.Soalan tu mungkin boleh aku balas dengan 'jawapan' begini :

"You think working with your partner (kalau yang tak berapa ngam) is tough enough?
Try working alone"

Dalam hidup ni memang adatlah ada pertemuan dan perpisahan. Cuma, cara kita hadap 'perpisahan' tu je yang membezakan. Ada je orang yang buat rilek hati kering hadap perpisahan. Apa ade hal. Nak sedih-sedih bagai. Benda memang kena hadap. Chill lah bro! Setiap perkara yang jadi mesti ada hikmah. Betul tak? Dah tu yang nak bersedih bagai ape hal?

Sebab tu tadi aku kata : "cara kita hadap 'perpisahan' tu yang membezakan.

Aku sekarang ni dalam fasa muhasabah diri sendiri. Bermula 1 September aritu aku terpaksa kerja sorang diri disebabkan partner aku bersalin pra-matang. Mula dari saat tu, dalam mindset aku :

"Rilek Ana, nanti lepas setel hal anak, she'll be back in action with u
Boleh buat welcome party untuk Cik Ida and baby dia nanti" :( 

Aku tak pernah ready untuk hadap segala perkara ni. I mean, memang aku ada letak target bahawasanya one fine day nanti salah sorang antara kami akan pergi juga tapi tak sangka secepat ini.

4 bulan aku kena struggle kerja sesorang dengan harapan nanti partner aku will get back to work. Apa korang ingat aku tak sedih bila tetiba partner in crime kata dia terpaksa pilih antara ANAK dan KERJAYA?

Sampaikan aku takde jawapan bila ada yang tanya aku soalan :

"Hang tak sedih ke Ana?"

5 Tahun bekerja sama-sama. Sakit sama-sama. Susah sama-sama. Start everything from zero sampai diberikan rezeki berjaya membantu sorang brader ni "from zero to hero". Apa hang ingat hati aku tak koyak ke bilamana saat partner aku kata dia kena berhenti kerja disebabkan dia kena pilih ANAK.

Kalau ditanya aku sekarang ni apa perasaan aku. Seriyes aku tak tahu nak rasa macam mana. Yang aku tawu aku sedih. Aku cuma harapkan pengakhiran 2015 ni membawa keindahan masuk 2016.

Ye aku tawu- Allah Maha Mengetahui.

Aku belajar redha.
Tapi jiwa sedih tetap sedih.
Selagi nama manusia, perpisahan tetap membawa kesedihan.

Memang menipu kalau kata tak sedih.
Nak buat apa pun jadi tak semangat.

Layan lagu Semangat Yang Hilang kejap

Disable Touch Screen Windows 10 and Windows 8

10 December 28 Comments
Tempat kerja aku ni konsepnya lebih kurang macam cyber cafe tapi lebih kondusif (no games / online gambling / porn dan seumpamanya) dan juga telinga aku cukup pantang kalau sesiapa buat bising kecoh membabi buta. 

Kebanyakan waktu bekerja aku dikelilingi golongan kanak-kanak terutamanya waktu cuti sekolah. Dan disebabkan kedudukan meja kaunter yang agak 'kurang padu', golongan kanak-kanak tersebut selalunya akan 'bergayut' dan 'menjulurkan' tangan diorang sampai menyentuh skrin sesentuh laptop aku yang terletak di sebelah dalam kaunter. 

Bila tangan diorang tu gatal menjalar sampai menyentuh skrin sesentuh laptop aku, kerja-kerja yang aku sedang buat sedikit terganggu (dan selalunya bila ditegur supaya duduk jauh daripada kaunter tu, diorang buat macam takde telinga aje).



Oleh itu, aku amek solusi untuk 'disable' kan aje fungsi skrin sesentuh laptop aku tu. Lebih mudah dan tak menyakitkan hati aku.

CARA UNTUK DISABLE TOUCH SCREEN UNTUK WINDOWS 10 DAN WINDOWS 8

Differences : Montessori & Conventional Education

04 December 19 Comments
Aku tak tawu kenapa jiwa aku rasa tenang bila aku dikelilingi budak-budak / kanak-kanak (yang aktif dan tidak menjengkelkanlah maksud aku). Kalau yang anoyying tu tolak tepi atau tolak masuk longkang lah =P
Dan Alhamdulillah kerja aku sepanjang 5 tahun ni, kebanyakan masa kerja aku dikelilingi kanak-kanak yang aktif, bijak, soleh solehah dan tak kurang jugak ada je yang jenis menjengkelkan kadang-kadang tu. But i'm ok -- i'm cool (bak kata Shah Rukh Khan masa scene dia dengan Tina (Rani Mukherjee) dalam Kuch Kuch Hota Hai hahaha

Aku banyak kali selalu jugak ushar jawatan kosong berkenaan dengan kanak-kanak (mostly education) termasuklah jawatan kosong Tadika, Islamic Kindergarten (macam Children Islamic Center & Little Caliph), Montessori (mostly sekarang kena 'Good in Mandarin written & speaking' sebabnye kebanyakan Kindergarten di bandar sana memang ownernya Chinese) dan jugak jawatan kosong berkenaan Bakery. 

Memang dua benda tu feveret aku : children & foods. kehkehkeh

Daifkah Kita? | Kisah Telekung Busuk

03 December 16 Comments

Saya malu nak buka cerita ini. Namun, saya rasa penting juga jika sahabat semua tahu kesah yang menyedihkan ini.

Begini. Satu hari saya pergi party harijadi seorang kawan universiti. Itu adalah kali pertama saya ke rumah beliau. Masuk sahaja ke pagar rumah, di kiri kami ada laman hijau kecil dengan rumput karpet, kolam ikan, dan pasu-pasu bunga yang cantik. Mata ini terpegun. Owhhh sahabat ku sudah berjaya, beliau mampu hidup mewah sebegini. Alhamdulillah.

Melangkah masuk ke dalam rumah, ruang tamunya besar sekali (saya ketika itu masih tinggal rumah flat kecil 850 kaki persegi). Dalam hati, "Ya Allah. Ruang tamu ini sudah sebesar rumah flat kami." Ketika itu agak sedih juga kerana saya masih struggle dengan kerjaya. Masih duduk flat.

Party Harijadi itu amat meriah sekali. Mewah dengan makanan, kek, kuih muih dan hadiah goodies bag. Anak-anak saya teruja. Ini adalah kali pertama kami merasai suasana meriah penuh kemewahan.

sumber : Google

Sebelum pulang, saya meminta izin sahabat untuk tumpang solat asar. Beliau tunjukkan ruang solat, bilik air dan kemudian beri saya sepasang telekung dan sejadah.

Keluar sahaja dari bilik air, saya terus buka lipatan sejadah dan telekung. AllahuAkbar!
Sejadahnya sudah nipis dan lusuh sekali. Rambu ramba di hujung sejadah banyak yang dah terburai.

AIR MATA saya hampir menitik ketika saya hendak menyarung telekung. Telekungnya berkepam, sudah berbau masam. Kainnya sudah nipis sudah berwarna kekuningan. Telekung fesyen lama-lama dari kain cotton plain. BUSUK dan sungguh LUSUH sekali. Tali pengikat telekung di kepala hanya tinggal satu sahaja. Dagu telekung sudah bertahi lalat. AllahuAkbar!
Hiba sungguh hati ini. Keadaan sejadah dan telekung tidak SETIMPAL dengan kemewahan yang ada pada sahabat saya ini.

Hati ini terdetik.

Diikutkan sangat perasaan tu...

02 December 13 Comments
Ada banyak perkara yang berlaku dalam setiap hari-hari kita. Ada perkara yang membuatkan kita rasa nak senyuuuuuuuum je sepanjang hari.

Ada jugak perkara yang berlaku, membuatkan kita rasa nak memaki je. Rasa nak bagi penampor sulung je. Kan?

Sebenarnya, kita memang ada hak untuk marah. Allah tak ciptakan perasaan 'marah' tu saja-saja. Tapi walau macam mana kita rasa marah sekalipun, sebenarnya, dalam marah juga ada cara dan batasnya. 

Macam contohnya zaman media sosial sekarang ni, kalau kita marah pada seseorang, terus je nak up status kat social site contohnya fesbuk,twitter instagram dan lain-lain lagi tu.

Tunjuk betapa marahnya kita ni kat orang tu. Sampai ada yang viralkan muka orang tu. Punya nak bagitawu kat satu dunia bahawasanya kita ni betul dan dia tu yang salah. 

Dia yang salah tu perlu di viralkan. Perlu dicanang satu dunia yang dia tu bersalah. Dia tu tak sepatutnya buat camtu kat kita ni. Dia tu macamlah bagus sangat kan? Dia tu tak tawu sebenarnya dia dapat duduk kat kerusi situ pun disebabkan orang-orang macam kita ni lah. Bla bla bla...

Disember Aku dan Anoi

01 December 8 Comments
Cerita harini.
Aku masih sendiri menguruskan hal-hal kerja.
Partner in crime kerja aku masih di HKL.




NOTIS BERHENTI KERJA
Assalam Ana, 
Cik Ida akan berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan baby dia.
Saya sudah maklumkan pada dia untuk penyerahan segala tugas,
kewangan dan juga akaun pada Ana.
Saya akan update maklumat terkini secepat mungkin.
Terima kasih.

Aku dapat email daripada Boss awal pagi ni. Seperti yang aku share pada entry sebelum-sebelum ni, pasal partner kerja aku Cik Ida terbersalin awal (melahirkan baby pre-matured) dan baby dia terpaksa stay dalam incubator bermula 31 Ogos haritu.

Aku tak tawu nak rasa macam mana.
Aku tergamam beberapa second lepas baca email ni.

Aku dan Ida (atau lebih mesra dan lebih terbiasa aku gelar dengan panggilan Anoi).
Kami membesar sama-sama. Rumah aku dan Anoi hanya selang sebuah rumah saja.
Dari tadika main sama-sama. Sekolah sama-sama sampai tingkatan lima.
Terpisah sekejap masa zaman diploma dan aku di Tingkatan Enam saja.
Rezeki kerja kami tertulis bersama juga.
Februari 2010 bermula hingga 31 Ogos 2015 saja.

1 September bermula kisah kami masing-masing di tempat berbeza.
Anoi dan Assyifa terpaksa 'bersama' di HKL sana.
Aku sorang saja yang masih setia di tempat kerja.

Semoga keputusan ini memberi hikmah besar pada kami berdua.
Oh ya. dan baby Assyifa juga.

Noi, merambu ayaq mata T________T