Jangan Tinggal Daku Sayang

Januari DuaRibuEnamBelas bermula agak suam² kuku. Minggu pertama aku terasa berat jugak ujian yang datang walaupun tak berapa berat pada pandangan orang. Yelah bukan kena pikul biawak hidop ke hape.

5 Januari. Tengah hari. 

Macam biasa disebabkan tempat kerja aku tak jauh dengan rumah, tengah hari aku memang sebolehnya balik mencekik kat rumah. Mana boleh lepaskan peluang makan masakan mak. Sementara kerja depan mata mak ni lah nak mengada makan masakan mak setiap hari.

Lunch break jam 1 sampai 2 petang. Masa nak masuk kerja semula tu, aku petik punya petik punya petik kunci kereta, tapi hampa. Bimbo tak menunjukkan sebarang tanda mau hidup. Janganlah buat hal ye Bimbo, aku pujuk slow-slow.

Aku cuba dan terus menchobaaaaa~
Tapi masih sama. Takde bunyi langsung.
Hahhhh sudahhhh. Apa pulak masalahnye ni. 

Aku taknak serabut, aku pon rempit je naik motor abah aku pergi keje petang tu.

Aku serahkan pada abah aku yang tolong pergi panggil mekanik tolong check apa masalah dia. Aku pun teruslah kerja petang tu buat rilek walaupun dalam hati memang tak senang punya memikirkan kedaan Bimbo aku tu.

Balik dari keje tu, aku tengok Bimbo masih tersadai tak bernyawa. Abah aku explainlah panjang lebar camne betapa mekanik tadi tu usaha check dah segala benda tapi masih sama je takde perubahan. 

Bateri dah check [ok | ganti masa 17.03.2015]
Starter dah check [ok kata mekanik tu]

Mungkin ada masalah dengan electronics ataupun relay ape ke entah katanya. Aku dah la memang tak tawu hape pasal kereta. Aku cuma tawu petik kunci - jalan. Pastu yang aku tawu aku dah risau takot jugak kalau Bimbo kesayangan aku ni sakit kronik. Boleh patah kaki weyh sobss sobss

Malam tu pulak dapat call dari kampung, Pak Long aku call bagitawu nenek aku (mak kepada Abah aku meninggal sakit tua). Abah aku takde pilihan, terpaksalah balik kampung naik motor Yamaha Future je disebabkan Bimbo masih belum dapat dikenalpasti apa sakitnya.

Subuh tu jam 4.00 pagi, Abah dan Mak aku gerak balik ke kampung di Bagan Serai, Taiping naik motor. Menitik jugaklah air mata aku terpaksa tengokkan aje Abah dan Mak aku balik kampung yang boleh tahan jauhnya tu naik motor. Dengan Abah aku pulak selalu athma, dengan cuaca tak menentu sekarang ni. Airmata aku cuma diiringi doa je supaya selamat sampai.

Selesai je urusan hal kematian Nenek aku tu, ayah aku pun balik semula ke rumah. Terperam jugaklah si Bimbo aku ni disebabkan abah aku memang dah pesan supaya jangan buat ape² dulu selagi abah belum balik. Ok, kakak menurut perintah Abah.

Aku pulak kalo ade masalah memang adik-beradik je lah jadi kaunter aduan. Abang Long dan jugak adik lelaki aku yang sorang lagi nasihatkan supaya aku call je insurance kereta tu pastu mintak towing ke Proton Centre paling dekat. Itu je last solution yang ada.

Aku tak tunggu lama, terus call Etiqa Oneline sebab kereta aku under insurans Etiqa.
Bertalu-talu jugak kena cuba asyik please try later (bizi katanye).

Dapat je tembus call, tak cakap banyak terus bagi data yang dia mintak pastu tunggu je orang towing datang.


Berangkatlah Bimbo aku di atas 'singgahsana' indah ni haaaa. Suka hati aku je keluar ofis kejap masa ni (aku masih bekerja sorang sebab staff baru belum masuk lagi) disebabkan orang towing ni tak jumpa cari alamat rumah aku memandangkan kawasan rumah aku kat pedalaman sikit adehhhhh :(

Moga² dipermudahkanlah urusan kenalpasti penyakit dia dan baikpulih dia. Jangan tinggal daku sayangggggggggggggggg sobssss sobsssss




11 Lovenote(S):

  1. sedihnya lahai. moga Bimbo cepat elok. nasib baiklah ayah kak Ana x apa2. kita perasan ramai yang ada masalah dan ujian awal bulan Januari ni. xtahulah kenapa. tak apalah, ada la tu hikmahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Bimbo dah back in action dah.. tu la sipbaikla Abah & Mak selamat pergi dan balik.. haah betul2 ada hikmahnye nti inshaAllah..

      Delete
  2. Semoga bimboo makin sihat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makin sihat dah Bimbo hehe

      Delete
  3. Semoga bimboo makin sihat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mekaseh WA. dah makin sihat Bimbo hehe

      Delete
  4. bimbo ingin berehat seketika...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la K.Anies.. risau Ana dia nak 'rehat' tu x bg tawu hehe

      Delete
  5. Innalillahiwainnailaihiraaji'un. Semoga arwah nenek ana ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, dan tenang di sana. I've already lost all of my grandparents :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaseh Plain. Aminnnnn. tu lah akhirnya nenek aku yang satu ni pulak pergi tinggalkan kami :"(

      Delete
  6. lahh kisah Bombo ke ahaksss

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu