Dia Tu Adik Hang | Part II

13 December 17 Comments

Masa tahun 2014 dulu aku dah pernah kongsikan kisah Dia Tu Adik Hang | Part I . Kisah si Abang John yang tersepit dek kerana si Ayah macam melebihkan sangat Adik Abang John tu. Pada hal bukannya penting mana sangat pun. Lebih pada kehendak je bukan keperluan.

Dan sebenarnya lepas dari kisah Part 1 tu, ada je beberapa lagi kisah agak sedih yang Abang John perlu hadap dan korbankan disebabkan perlu menjaga hati si Ayah tu.

Untuk tahun 2017 ni pulak, dah hujung-hujung tahun ni, dengan nak kena standby keperluan sekolah anak apa semua tiba-tiba aku dikejutkan dengan beberapa whatsapp dari Abang John menyatakan yang si Adik dia tu buat hal lagi.

Kalau dulu si Adik nak sangat-sangat beli superbike yang harganya bukan sekecik anak (dah la nak beli superbike harga mahal pastu nak guna nama si Abang John). 

Siapa yang tak berat hati? Guna nama orang lain ni, tak kisahlah nak beli motor ke kereta ke, sebenarnya ia satu tindakan yang amat takde sivik. 

Si Adik tu beli superbike gunakan nama Abang John (tanpa rela hati, Abang John terpaksa akur semata-mata nak jaga hati si Ayah di kampung). Pada hal kalau sabar tunggulah diri sendiri tu ada paysheet gaji sendiri nanti belilah apa pun. Kepala gajah pun kalau nak beli, orang tak marah asalkan guna nama sendiri. Tapi jenis tak sabar sebab masa dia nak beli superbike tu dia dalam status pelatih lagi dan belum ada penyata gaji, tu yang gelabah nak guna sangat Abang John tu.

Dah la banyak kali payment sangkut, sampaikan AEON credit deduct duit dalam akaun Abang John dulu disebabkan guna nama & akaun dia. si Adik buat rilek je tunggu gaji dia masuk (7-8 hari kemudian tu baru gaji dia masuk) . Dah lah tak reti nak mesej minta maaf ke ape ke. TAKDE LANGSUNG.

Kalau kata nak datang ziarah melawat Abang John lagi lah takde. 

Awal bulan Disember 2017 ni pulak, si Adik ada bagitahu Abang John nanti nak minta tolong Abang John pergi Mahkamah sebab si Adik kena saman disebabkan kesalahan tak pasang side mirror kat superbike dia yang beli guna nama Abang John tu. 

Bila Abang John cerita je benda tu kat aku, tiba-tiba rasa panassss je hati ni. Tak cukup-cukup lagi ke si Adik tu menyusahkan Abang John selama ni ? Tu nak kena naik court ape segala tu nanti duit lagi tu. Pastu kang kalo si Adik tu tak cukup duit ke ape ke, dah tentu si Abang John lah kena tolong lagi??? Alamak aih manusia jenis ape kau ni dik! 

Masa Abang John susah, satu ape pon si Adik tak ambik tawu.
Bila time dia susah, sana sini pijak kepala orang nak mintak tolong. 
Hadoi ! Apa jenis manusialah. 

Dah pernah cuba ke?

03 December 9 Comments
Alamak macam lama sunyi sepi. Maklumlah program bersusun nak kena setelkan sebelum hujung tahun habis. Lepas selesai je Karnival Hari Terbuka haritu, aku dengan team aku yang lain teruskan pulak dengan program Inovasi Pertanian Moden (Hidroponik - Dah Cuba Ke?) --- memang nama program diletak sebegitu rupa untuk bagi effect lebih dramatik katanya. kahkahkah

Zaman semakin mencabar sekarang ni memang kalo boleh semuanya nak kena usaha / tanam sendiri je keliling rumah. Kalau sesiapa yang tinggal di kawasan rumah kampung (ada tanah keliling rumah takpe tak kisah lah boleh main campak-campak je benih sayur / benih pokok mesti tumbuh elok punya. 

Kalau jenis tak mampu nak ada rumah bertanah keliling cemane? Hah hidroponik lah penyelesaiannya. Tak payah mikirkan tanah. Tak payah nak mikirkan bila masa nak siram. 

Sepanjang bengkel Inovasi Pertanian Moden ni, aku tengok peserta memang dah tentulah ramai golongan wanita. Standardlah tu mana-mana program pun mesti kaum wanita ni jugak yang ramai join. Program ni PERCUMA sahaja untuk edisi pengenalan kepada warga komuniti Felda sekitar jajahan Wilayah Trolak , Daerah Batang Padang Muallim , Perak ni.

Hidro Mini Set ni tetiba buat aku jatuh cinta pulak dengan hidroponik. kahkahkah 


Nah Motocross FREE!

05 November 11 Comments
Hamboiiii tajuk bukan main hehehe. Hai engkorang semua. Sorry busy sikit lately. Alasan cliche. Tiap kali lama tak hapdet mesti bagi alasan cenggitu. 

Sebenarnye ini throwback salah satu aktiviti semasa Karnival Hari Terbuka Pusat Internet masa 22 dan 23 September haritu. 

Aktiviti Autoshow Motocross bersama abam-abam rider !





Ekceli bukan mudah untuk dapat kumpulkan abam-abam rider Motocross ni semua. Dah la diduga dengan kekangan budget serta jarak waktu promosi yang sangat singkat (sebab aku terima budget program SEMINGGU sebelum tarikh berlangsung! pada hal tarikh dan proposal dah submit lama berzaman dah).

Dah la budget masuk lambat. Pastu orang atas demand pulak nak aktiviti yang Wow lah ! yang Gempak lah! Naik serabut mikir nak penuhi kehendak anak tekak depa sebab banyak aktiviti kena rombak.

Kalau masa banyak lagi tak kesahlah nak mikir aktiviti dan nak submit surat apa semua. Ini last minute pastu demand nak macam-macam. Herghhhh~

Nasib baiklah abam-abam rider ni semua jenih boleh kawtim punya orang. Alhamdulillah syukur dapat jugak meletopkan suasana karnival dua hari tu. 

Rasa puas hati dapat tengok komuniti semua bagi kata-kata positif dan berharap semoga akan ada lagi program cenggitu pada masa akan datang.

Leganya rasa bila dah selesai. Barula buleh lurus kaki.



Selesai | Program Karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia

25 September 4 Comments

Hai engkorang. sorry agak lama senyap sunyi sebab busy sikit menguruskan program Karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia. Karnival ni diadakan setiap tahun pada hujung tahun suku terakhir selalunya tapi tahun ni diawalkan atas sebab-sebab tertentu.

Disebabkan tempat aku jadi lokasi pertama dan disebabkan duit bajet program masuk sangaaaaat lewat ( 7 hari sebelum program) , perkara tu amat mengecewakan aku. Pada hal, kertas kerja program dah diarahkan submit pada bulan Julai dulu lagi dah. Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan.

Banyak aktiviti yang telah dirancang dan alhamdulillah Allah pinjamkan DUA HARI yang sangat cantik cuacanya dari pagi hingga ke petang. Dapatlah komuniti hadir pada kedua-dua program tu. Kalau cuaca hujan entahlah macam mana agaknya.

Nanti aku kongsikan beberapa aktiviti yang agak menarik untuk diceritakan :)


Short Trip Part 2 : Kellie's Castle

11 September 11 Comments
Selesai je jelajah Taman Rekreasi Gunung Lang kami terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Kellie's Castle yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, Perak. 
Memandangkan waktu tu Raya Kedua Aidiladha dan Hari Sabtu jadi memang orang sangat ramai. Parking kereta pun penuh dalam kawasan tu. Kami terpaksa parking di kawasan tepi jalan besar tu je dan brader yang jaga parking tiket kat situ pesan tak boleh park lama-lama ye kat tepi jalan tu katanya. Yelah sebab engko tak dapat duit parking dari kami kan, tu pasal engko pesan cenggitu =P Disebabkan cuaca panas terik gila dan brader tu dah sound cenggitu tadi jadi kami tak berlama-lama pun kat Istana Kellie tu. Begambar sekeping dua untuk dibuat kenangan dan beli fridge magnet sebutir dua dan terus gerak balik je. Waktu tu jalan pun dah mula banyak kenderaan yang menghala balik ke Selatan tak kira kat highway ataupun jalan lama.
Sebenarnya Istana Kellie ni bangunan tak sempat siap disebabkan ownernya meninggal dunia semasa istana ni 'sedang dibina' dan selepas kematiannya bangunan istana terus dalam keadaan 'sedang dibina' tu jugak. Tempat ni juga sering menjadi lokasi untuk wedding photoshoot sebab keunikan bagunan tu sendiri. Ada juga kisah misteri kat sini sebab ada yang pernah ternampak sosok di salah satu sudut dalam istana tu.

SEJARAH KELLIE'S CASTLE

Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Sumber : Istana Kellie



Short Trip Part 1 : Gunung Lang Ipoh

07 September 14 Comments
Ada yang tanya aku :  "Ehhhh blog awak entry-entry tu memang semua akan ikut abjad untuk bulan tu ye? "

Jawapan aku : Haah iye memang gitu lah setakat ni. Sebenarnye entry bermula dengan abjad bulan tersebut bermula pada Februari 2013 dulu. Nanti aku story lain kali yang tu hehehe.

*****************************************

Macam mana Raya Aidiladha engkorang? Untuk aku kalini meriah jugak sebab giliran Akak Ipar beraya di sebelah kami (akak ipar orang Terengganu jadi bila giliran diorang beraya di sana maka rumah aku akan jadi sendu je sebab aku 4 beradik je. Tak ramai jadi bila Abang Long & Akak Ipar & Anak dia yang satu-satunya tu beraya kat Terengganu memang akan jadi tak best lah rumah aku :P)

Cerita pasal Gunung Lang di Ipoh ni sebenarnya short trip masa raya kedua Aidiladha baru-baru haritu. Lebih kepada menunaikan keinginan akak ipar aku sebab dah lama dia teringin nak jejak kaki ke Gunung Lang, Ipoh.

Gunung Lang ni diwartakan sebagai Taman Rekreasi pada tahun 2000. Terbahagi kepada dua seksyen sebenarnya sebab kena naik bot untuk ke kawasan Pulau seberang satu lagi.
Waktu operasi bot bermula seawal jam 8.00 pagi dan lebih baik kalau dapat sampai kat Gunung Lang ni pada awal pagi sebabnya kalau sampai dah tengah hari ditambah pulak cuaca panas terik gila memang akan spoilt mood habes. Dengan ketiak basah + bermacam-macam bau yang menusuk lobang hidung, masa tu memang jadi takde mood dah la engko nak beratur panjang tunggu turn nak naik bot tu.
Ditambah lagi ada spesis manusia yang suka potong barisan tanpa ada rasa bersalah langsung, lagi lah rasa macam nak bertumbuk je kat situ. Orang lain pun berdiri penuh sabar jugak ape tunggu turn masing-masing. Takde sivik betul orang cenggitu. Nasib baik staff penjaga pintu masuk tu alert jugak dengan komen orang lain yang dah lama beratur tunggu giliran kat situ.

Gunung Lang yang terbahagi kepada dua seksyen ni sebenarnya selalu jadi lokasi pilihan untuk wedding photoshoot. Masa kami sampai tu dalam jam 11.00 pagi lebih kurang tapi memang penuh lah manusia sana sini maklumlah cuti panjang bersambung-sambung kan. 
Pemandangan memang cantik kat semua sudut Gunung Lang ni. Kat bahagian pulau tu pulak ada sewaan basikal (semurah RM2.00 je untuk sebuah basikal kanak-kanak), ada rumah perak, ada tapak perkhemahan, ada rumah burung dan mini zoo. Selain tu,kita boleh jugak beli pallet makanan ikan untuk bagi ikan-ikan saiz mega dalam tasik tu makan. Besar-besar giler saiz ikan dalam tu. 
Tak rugi spend time kat tempat rekreasi cenggini sebabnya harga tiket pun masih mampu bayar (sebab masih under pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh) kalau dah diswastakan memang tak dapatlah harga 2-3 ringgit cenggitu. Silap-silap 30-40 ringgit untuk satu kepala. Harga boleh tercekik lemang kate ko! hahaha


Pesanan khidmat masyarakat :

1)Untuk dapat puas habiskan pusing ke segenap ruang lokasi di Gunung Lang ni lebih baik datang awal pagi sebelum matahari naik sebab agak luas kawasannya.
2)Pakailah kasut bertutup / sport shoes supaya kaki tak sakit. Kalau engko nak jugak pakai heels pon boleh tapi untuk fotoshoot aje lah. Kalau nak jelajah setiap pelosok Gunung tu better pakai sport shoes.




Apa Rasa Biskut Gery Salut Malkist

28 August 22 Comments
Aduhh baru nak dapat mood menulis semula, internet pulak buat hal  T_____T   Sorryla ye lambat sikit balas jejak kengkawan. Korang mesti dah rasa dah kan?Apa rasa biskut Gery Saluut Malkist ni? Orang lain dah lama merasa benda ni. Aku je ketinggalan. Dah bulan empat haritu baru berpeluang dapat merasa tu pun nasib baik ada terjumpa di Mydin Gopeng,Perak. Murah pulak masa tu harganya RM3.20 je sebungkus. 

Masa tengah viral dulu ada online seller jual RM4.00-RM5.00 sebungkus. Biasalah barang tengah panas memang cenggitu. Aku ni masa tengah orang sibuk viralkan benda ni, aku pejam mata aje sebab kat kawasan Felda aku ni mana nak cari Mydin. Bila dah habis musim orang viral barulah aku jumpa maka barulah dapar merasa hehehe.

Pada aku, dua-dua flavor sedap jugak. Satu disalut 'french sweet cheese' dan satu lagi disalut coklat. Aku ni kira kategori suka cheese dan coklat jadi mestilah dua-dua aku rasa sedap je. Biskut Gery ni buatan Indonesia ada sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia dan telah diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. Jadinya, boleh makan tanpa was-was hehehe



Ada Apa Di Melaka | Part 3

15 August 23 Comments
Ada Apa Di Melaka | Part 3
Menara Taming Sari, Duck Tours, Masjid Selat, Pahlawan Walk

Siang esoknya kami sambung lagi ronda-ronda Melaka. Disebabkan ada antara kami yang belum pernah naik Menara Taming Sari jadi kami decide untuk berlegar-legar kat kawasan Dataran Pahlawan.
Ref dan Sam tak join naik Menara Taming Sari sebab dah pernah naik dah tahun sebelum tu jadi diorang berlegar-legar cuci mata aje sementara tunggu kamiorang yang tak pernah naik ni. Duration naik Menara Berpusing tu lebih kurang 7 minit gitu aje la. Tak lama mana pon. 
Untuk harga tiket lebih murah boleh buat online reservation kat laman web Menara Taming Sari. Tapi itu pun depends pada promotion package yang diorang ada offer lah ye.
Lepas turun tu macam biasalah akan ada gambar kita yang dah siap edit. Aku malas nak beli mulanya tapi memandangkan lepas ni entah bila lagi boleh dapat nak berkumpul cenggini so aku pun pejam mata beli jugak gambar ni sekeping plus dapat fridge magnet sebijik.

Bila dah selamat turun dari Menara Taming Sari tu, mak buyung kata teringin nak naik Duck Tours (bot kuning yang boleh jalan atas darat dan masuk kat air laut ).
Sumber : Laman Web Melaka Duck Tours

sumber : Google Image

Masuk je dalam The Ducks (bot kuning tu), akan ada 1 driver dan 1 kapten (tour guide yang akan bercerita tentang sejarah negeri Melaka. Sambil The Duck tu bergerak lalu sekitar Dataran Pahlawan tu terus menuju ke arah laut dan akan turun kat laluan khas dia sebelah dengan Masjid Selat.
Bila dah kembali ke darat, kita bergambarlah satu dua das dulu sebelum memulakan misi mencari nasi sebab perut dah mula berkeroncong masa ni hehehe
Memandangkan turun je dari Duck Tours tu anak-anak semuanya dah mengadu lapar jadi kami tak buang masa terus je melistas ke seberang jalan (bertentangan dengan Bangunan Menara Taming Sari) untuk makan tengah hari. Manusia jangan tanyalah. Disebabkan 01 dan 02 April tu cuti hujung minggu jadi memang penuh dengan manusia. Anak-anak dah mula tunjuk aksi macam-macam sebab lapar tapi meja masih penuh waktu tu.
Nasib baiklah ada 1 family yang dah hampir nak selesai makan dan diorang bagi anak-anak ni tumpang duduk hilangkan penat dulu di kerusi tempat meja diorang makan tu. Sementara family tu habeskan makanan yang berbaki, kami dah order siap-siap dah. Bila clear je meja apa lagi memang tak kasi chance. Masing-masing terus tunduk suap nasi tak pandang kiri kanan dah. 
Selesai je isi perut kami sambung jelajah masuk ke dalam kedai-kedai cenderahati dalam Pahlawan Walk (bertentangan je dengan kawasan Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan). Masuk dalam ni memang lagi sekali rambang mata. Segala macam cenderahati ada. Dari keychain, fridge magnet sampailah ke tshirt, cencaluk, kerepek-kerepek dan dodol. Aku beli kerepek untuk makan dalam perjalanan balik dan tambah lagi fridge magnet untuk kengkawan yang kena tinggal tak dapat join short trip kalini.

Selesailah Part Ketiga Melaka :
5)Menara Taming Sari [√]
6)Melaka Duck Tours [√]
7)Masjid Selat [√]
8)Pahlawan Walk [√]

Tamatlah sudah short trip untuk kalini. Untuk next trip katanya plan nak jelajah Kuantan, Pahang pulak tapi tak decide tarikh lagi bila nak perginye sebab dua mak buyung bakal dapat baby on September. Kena tunggu mak buyung habis pantang dulu kot hehehe


Ada Apa Di Melaka | Part 2

12 August 10 Comments
Ada Apa Di Melaka | Part 2
Asam Pedas Melaka, Ikan Bakar Parameswara, Jonker Walk, River Cruise Melaka

Rupanya Azam, Zairi dan Khairul pon berkonvoi untuk ke Melaka.
Sama destinasi la !Kebetulan sama destinasi, kami pon offer nak open table nanti kat sana.Diorang mintak diri untuk gerak dulu.Tak lama lepas diorang setel tolong, team bantuan PLUS pun sampai.Aku pon explain semua dan ucapkan terima kasih pada PLUS dan kami pon gerak.

Sampai je kat Melaka, kami singgah dulu memandangkan masa tu jam dah pukul 2.00 petang.Perut dah meronta-ronta minta nasi.Tak jauh dari exit tol Air Keroh tu memang ada banyak tempat makan terutamanya asam pedas.Memang tak sah lah kalo datang Melaka tak makan asam pedas.Kami waze aje 'Asam Pedas' pastu yang paling dekat area situ ada Asam Pedas Pak Man.Kami terus terjah ke situ tanpa buang masa.
Aku pilih asam pedas ikan pari.
Kuah dia kaw !
Pekat melekat. Padu !
Nora bagi 5 bintang hehehe

Selesai isi perut, kami pon waze lokasi Hallmark Hotel.Tak jauh dah dengan tempat kami makan tu.Memandangkan hotel memang dah booked, jadi kami decide untuk ronda kawasan dulu.Kalau dah masuk bilik, konfem berat mata nanti nak bersiap hehehe
Kami terus ke kawasan Bangunan Merah dulu dan cuci mata apa yang ada kat sana.Kat sini dah ada macam-macam jualan yang boleh dijadikan cenderahati.Rambang mata nampak fridge magnet yang macam-macam pesen tu.Selesai cuci mata ronda-ronda kawasan Bangunan Merah tu, kami terus check in.Bila selamat dah check in apa semua, kami pon dah berkumpul dengan dua lagi family kat situ.Masing-masing dah terasa letih lepas seharian berpanas basah habes ketiak hahaha.Kami ambil keputusan untuk teruskan explore Melaka pada sesi malam pulak.

Tapi hati meronta-ronta nak keluar. Mana boleh buang masa cenggitu aje.Takmau buang masa, kami tukar plan.Kami decide untuk keluar cari makan ke Ikan Bakar Parameswara, Umbai Melaka.
Sebelum gerak ke sana, kami dah roger sekali Abang Rider yang jadi hero siang tadi tu hehehe.Makan besarlah kami malam tu secara berjemaah.Semua terasa macam satu family besar.Sambil makan tu dapatlah borak berkenalan apa semua.
Selesai isi perut, kami decide untuk explore kawasan yang berdekatan dengan Hallmark Hotel tempat kami bermalam sebabnye dari Hallmark Hotel tu boleh jalan kaki je pergi Jonker Walk dan kawasan sekitar situ.Masuk je dalam Jonker Street Night Walk Market tu, lagi macam-macam pesen souvenier ada kat situ ! Meroyan kejap aku jenuh rambang bijik mata tengok ada macam-macam. Selesai membeli dan menghabiskan duit kat situ, tengok jam dah pukul 9.00 lebih dah. Rupanya dah jauh kami berjalan ! 
Puteri-puteri si Wan dan Lin dah merengek-rengek nak naik beca sebab kaki dah patah katanya tak larat nak jalan dah hahaha kemain over taw bebudak ni.Tapi papa diorang pujuk bebaik untuk balik jalan kaki.Wan (papa diorang) kata kalo kite naik beca, rugi sebab nanti kat depan sana boleh tengok bot cantik.Maksud Wan tu bot Melaka River Cruise.Berjaya jugak trick Wan tu.Dan puteri-puterinya semua ceria semula sambung berjalan kaki hehehe.
Jadi kami pon teruskan sesi berjalan kaki malam tu menelusuri persisiran Sungai Melaka.Bangunan-bangunan / blok di persisiran sungai tu semua cantik dengan lukisan warna-warni.Kalau siang nampak meriah dengan warna, kalau malam pulak ditambah dengan seri lampu-lampu.Sempatlah jugak ada sesi soal jawab dengan si budak-budak yang kononnya patah kaki tu tadi.Budak kan ade je soalan-soalan yang mencabar minda kita nak menjawabnye hehehe.
Sempatlah juga posing se-round dua kat tepi tu. Berjalan kaki malam takdelah mencabar keimanan sangat sebab berbeza dengan cuaca siang.Sampai je kat Hotel, masing-masing dah letih dan rasa macam patah kaki bak kata bebudak tu.Malam tu berakhir sesi ronda-ronda kami di River Cruise Melaka.Tak naik pon bot tu. Jalan cuci mata je tengok view malam.

Selesailah Part Kedua Melaka :
1)Asam Pedas Melaka [√]
2)Ikan Bakar Parameswara [√]
3)Jonker Walk [√]
4)River Cruise Melaka [√]


Sambung Part 3 pulak hehehe


Ada Apa Di Melaka | Part 1

10 August 8 Comments
Ada Apa Di Melaka Part 1 

Lepas kena soal jawab macam-macam masa sesi MCMC site visit aritu, aku terus bawa diri ke Melaka. Sebenarnya dah lama plan nak jelajah Melaka ni tapi ade je halangan. Akhirnya masa 01 dan 02 April haritu aku dan 6 orang lagi rakan zaman sekolah dulu ambil keputusan untuk luangkan masa ke Melaka.

Pada mulanya yang bakal terlibat :

1)Wan dan Lin (mak buyung serta 2 orang puteri diorang)
2)Ref dan Sam (mak buyung serta 1 orang puteri)
3)Roy dan Apiz (belum ada putera puteri)
4)Rozi (bujang)
5)Zura (bujang)
6)Aku (bujang trang tang tang)

Tapi bila dah sampai hari, tetiba Roy dan Apiz tak dapat join.
Tinggal 2 keluarga + 3 bujang je yang pergi.

Kami booking hotel awal Februari haritu untuk pastikan kami ada tempat tidur.
Maklumlah Melaka ni kalo weekend memang selalu fully booked sesaje.

Kami booking Hallmark Hotel Melaka.
Aku handle part book hotel
Book guna Apps Agoda je. 
Dapat special price untuk hari berkenaan.
Aku book 3 bilik family terus. 
Walaupun yang family hanya 2 keluarga saja,tapi memandangkan aku dan dua orang lagi member tu bujang jadi kami decide ambik 1 bilik besor senang nak begosip kehkehkeh

Kami bertolak masing-masing dari lokasi berbeza.
Aku gerak dari Perak sorang dan ambik member aku kat Stesen MRT Putra Heights.
Masa tu stesen MRT tu belum beroperasi lagi.
Wan dan Lin gerak dari Sham Alam pada Jumaat petang.
Ref dan Sam pun gerak Jumaat petang tapi dari Pahang.
Jadi, yang bekeluarga diorang dah sampai kat Melaka masa Jumaat malam.
Aku dan geng bujang bertolak Sabtu pagi disebabkan 31 Mac petang tu ada MCMC site visit tu.

Tengah syok-syok layan lagu sambil borak dalam kereta aku,
masa tu Zura yang drive sebab aku dah drive dari Perak sampai RnR Seremban.
Tak jauh lepas gerak dari RnR Seremban dalam 30 minit camtu,
Tetiba terasa kereta berat sebelah dan macam ditarik ke sebelah kiri.

Sah! Tayar pancit ! Aduhhhhai.
Udahla masa tu kami tiga-tiga perempuan.
Kalo gerak sekali dengan Wan dan Sam boleh jugakla diorang tolong.
Rozi agak panik sebab memikir siape lah nak tolong tukarkan tayar tengah highway tu.Aku decide mintak Zura tolong berhenti kat tepi yang agak-agak selamat.

Zura minta aku call bantuan PLUS untuk maklumkan tayar pancit.
Aku pon call pihak PLUS dan maklumat diminta.
Dalam masa 20-30 minit bantuan akan sampai katanya.
Zura yang macam 'jantan' sikit keluar untuk letakkan tanda amaran kereta rosak.
Dia tak benarkan kami keluar sebab lori besar-besar dan laju-laju masa tu.

Masa tengah tunggu bantuan PLUS tu, kami update pada geng family yang dah sampai Melaka.
Masa yang sama ada konvoi motorsikal lalu.
Biasalah konvoi motor memang meriahlah. 
Tetiba aku nampak ada 3 rider konvoi motorsikal tu patah balik.
Diorang menghala ke arah kereta aku yang pancit tu.
Diorang offer untuk tolong gantikan tayar.
Mulanya kami kata takpelah sebab dah call PLUS.
Tapi diorang cakap takpelah kalo tunggu PLUS takot lambat.
Sementara tu takpelah diorang boleh tolong dulu.

Zup-zap-zup-zap. Siap !
Sangat bersyukur sebab masih ada insan mulia cenggitu di saat kami susah T___T
Dah lah kami bagi duit, diorang taknak.

"Kecik je ni" -- kata diorang. 
Terharu rasanya ya Allah T_____T

Aku sangat berterima kasih pada rider bertiga tu (Azam, Zairi dan juga Khairul).
Diorang pesan jangan viralkan muka diorang. (takot member bahan karang katanya).
Disebabkan diorang taknak ambik duit yang kami bagi, so aku paksa minta fon number.
Diorang kata tolong doakan diorang selamat sampai ke Melaka pon dah cukup.

Ahah ! Suratan atau kebetulan??? 
Jeng jeng jeng ~

Nanti sambung Part 2 kehkehkeh 


Apa nak jawab bila boss besar datang?

09 August 8 Comments

Salam kenal pada semua. Terima kasih pada engkorang semua yang sudi singgah dan baca apa yang aku bebelkan hehehe.
Untuk pengetahuan, aku salah sorang staff yang bekerja di Pusat Internet 1 Malaysia di Perak di bawah portfolio Kementerian Komunikasi.Pada akhir Mac haritu, satu official site visit daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cyberjaya telah datang ke lokasi tempat aku bekerja.
Di setiap lokasi Pusat Internet sepatutnya ada dua orang staff tapi masa hari lawatan tu, partner aku perlu hadir kursus di Ipoh. Makanya, aku perlu hadap semua para pegawai tu sorang-sorang.
Site Visit ni sebenarnya bertujuan untuk memberi gambaran jelas kepada bakal Pegawai Pelatih yang akan berkhidmat dengan MCMC. Dan pemilihan lokasi pula dipilih berdasarkan Top Three di setiap negeri dan wakil dari setiap Telco (pembekal perkhidmatan contohnya TM, Celcom, Digi).
Macam Pusat Internet tempat aku berkerja ni dibawah kendalian Telco Webe.

Baaaaanyak soalan yang ditanya memandangkan Pusat Internet tempat aku ni dah masuk tahun ketujuh beroperasi bermula pada Februari 2010 dulu.

Antara soalan-soalan yang ditanya :

"Cuba bagi saya 5 sebab kenapa kami (Pihak MCMC) tidak perlu tamatkan kontrak / perlu teruskan kewujudan Pusat Internet di sini"

"Bagi saya 5 sebab utama kenapa awak masih setia bekerja disini walaupun sudah TUJUH TAHUN perlu hadap perkara yang sama setiap hari"

Encik yang berbaju kaler brown (tengah-tengah) tu yang bagi soalan-soalan killer sebab beliau merupakan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Infrastuktur.

Soalan-soalan lain cuma soalan basic dan data tu boleh cari dalam sistem sebab kebanyakannya statistik  dan jumlah sahaja yang diminta.



Masa sesi soal jawab tu, Pihak Atasan aku hadir sama. Lepas dah selesai segala soalan, diorang pon dah gerak balik, pihak atasan aku call :

"Congratulations for being the most confidence and outstanding staff on the site visit today. Good job! Saya sendiri sangat kagum dengan cara awak jawab soalan-soalan yang MCMC tanya tadi. Camtulah staff saya ;)"

Aku jawab 'ok terima kasih encik.' -- cenggitu aje lah.
Itu nasib baiklah jawapan aku memuaskan hati.
Cuba kalo aku tak konfiden dan jawab tergagap-gagap.





Ada Program Cuti Sekolah Edisi Mac

08 August 6 Comments

Setiap kali cuti sekolah, kami memang diarahkan untuk mengadakan akviti sempena cuti sekolah. Jadi, untuk cuti sekolah Mac 2017, aku dan partner baru aku (Zati), kami decide untuk adakan Program Cuti Sekolah Edisi Mac 2017.

Antara aktiviti yang kami adakan adalah pertandingan Kuiz, Jigsaw Puzzle, Crossword Puzzle dan juga Slideshow Creator. Kesemua aktiviti yang nak dibuat mestilah berkaitan dengan #DigitalLifestyle. 

Kami diberi kebebasan sepenuhnya untuk berfikir sekreatif mungkin untuk buat sebarang aktiviti asalkan tidak terbabas dari tema Digital Lifestyle.

Macam biasa, aku memang suka bab-bab buat aktiviti bersama dengan adik-adik sepanjang cuti sekolah. Aku lebih suka handle adik-adik pelajar sekolah rendah sebab lebih mudah untuk bagi kerjasama dan lebih dengar kata.

Aktiviti diadakan selama tiga hari berturut-turut. 
Alhamdulillah berjaya aku dan Zati selesaikan dengan jayanya.

Untuk majlis penutup, macam biasa.
Aku order Kek Bajet RM15.00 (500gram) daripada Sis Nora.
Puas hati tengok adik-adik makan dengan seleranya.
Sis Nora siap bagi free sebijik kek lagi sebagai sedekah kepada adik-adik tu semua.
Terima kasih dan semoga bisnes Sis Nora bertambah maju.

p/s : throwback Program Cuti Sekolah (PCS) Mac 2017. disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni aku baru nak share segala mak nenek throwback =P 



Antara Feveret Aku : Pau Goreng Kacang Merah

07 August 14 Comments

Aku memang antara penggemar Pau Goreng Kacang Merah. Beberapa tahun sebelum ni, ada sorang makcik jiran belakang rumah aku yang aku panggil sebagai Wak Tini.

Wak Tini seorang yang berketurunan Jawa dan sangat pemurah.
Setiap kali ada buat kenduri di rumah dia, mesti takkan ketinggalan akan ada kuih pau goreng ni.
Air tangan Wak Tini memang cukup membuatkan aku tak lena tidur kalau tak dapat rasa.
Tapi awal tahun 2016 yang lepas, Wak Tini pergi meninggalkan kami semua.
Kini takde lagi Pau Goreng hasil air tangan Wak Tini.

Awal tahun haritu, aku dapat tahu ada sorang sis ni berniaga Pau Goreng Frozen.
Pau Goreng Kacang Merah pulak tu !
Mana mungkin aku biarkan cenggitu saja.
Aku pon tak buang masa terus roger sis tu.
Rupa-rupanya beliau bukanlah sis sebabnya dia sebaya dengan aku hahaha !

Pau Goreng Frozen Mama E'da namanya.
Aku dah cuba. Banyak kali.
Memang menepati citarasa aku.
Rasanya memang saling tak tumpah macam yang Wak Tini buat !
Tapi Mama E'da takde kena mengena hubungan apa-apa pun dengan arwah Wak Tini.

Semoga bisnes Mama E'da terus maju.
Hidup Pau Goreng! hahaha tetibe =P

p/s : throwback keenakan Pau Goreng Frozen Kacang Merah.
disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni lah
aku baru nak share segala mak nenek throwback =P