sri sayang + water sport penang

11 November 39 Comments



*awas muatan padat*



cik ana dan partner kerje : cik ida pergi Hari Anugerah Kecemerlangan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Peringkat Wilayah Utara semalam kat Pantai Robina, Butterworth.. masa dapat arahan kena p pantai tu, jenuh google nak tengok kat mana sebab nama tak femes langsung.. haha..sipbekla jumpak gak cari..hehe




Kami beruniform.. segak dak? segak dak?? =P



PJK kendalian cik ana dan cik ida berjaya dapat No 4 daripada overall wilayah utara yang tersenarai.. Dapat la RM 900.00.. pastu bahagi bedua dapatla sorang RM450.00.. alhamdulillah rezeki kami.. jenuh gak usaha nak buleh dapat lekat kat no 4 tu.. yang menang,memang senior habehla sebab PJK dorang dah 5,6 tahun beroperasi kalo compare PJK kendalian cik ana dan cik ida baru nak masuk 2 tahun je.. kira ok la tu kan bleh compete dengan yang senior2 smua tu... takpe2, next year try lagi insyaallah..hehe




Selesai sesi pemberian anugerah & hadiah untuk hari anugerah PJK cemerlang tu, big boss pon decide untuk stay 1 hari lagi.. tapi dia ajak stay kat island.. perhhhh!! memang terbaekkkla habaq hang!! Nak sangat naik feri, stuck sejam kena beratoQ nak tunggu feri tu sampai.. jenuh nganga je dalam keta.. dah la kudap-kudap apa pon takdak.. betoi2 telan ayaq lioq saja..huh~

bila sampai je kat island, memang terus p serang tempat makanla.. boss decide nak p makan kat area tepi pantai yang kat jeti pulau jerejak tu.. first time cik ana p makan kat situ.. dulu masa study kat USM tak pernah plak cik ana p situ.. kami apa pon lagi, memang oder dengan penuh rakus la.. sampai je makanan, memang tak tunggu dah.. pakat suap selagi ada.. hahaha =P






Setle bab makan.. boss bawakla kami stay kat sri sayang apartment nih.. badan pon dah letih gila,dapat je kunci bilik, semua terus lena..





Pagi esok tu pulak.. ingatkan terus siap-siap nak balik la.. sekalinya, boss ajak p main water sport plak dah.. orang kata rezeki jangan ditolak.. apa lagi, memang kami p serang pantai beramai-ramai la.. warm-up session : mengambus halis syafik menggunakan pasir.. tinggai kan bijik mata + lobang hidong je =P




habeh sesi bermaen pasir pantai kami pon serang pulak para sailing + jet ski + banana boat.. dan tah apa lagi nama lupa dah.. semua la kami pulun main.. bila lagi nak merasa.. bukan senang nak dapat spend time ramai-ramai camni.. *banyak sesi water sport tak dapat nak snap gambar sebab terlampau pulun main sampai lupa nak klik kamera =P






nota kecil : PENANG memang best bro!!!

goodies untuk tetamu pengantin

10 November 13 Comments
tiap kali p majlis kenduri kahwin, terasa ada something yang kurang kalo tak dapat bunga telur atau pun cenderahati yang comel-comel tu.. kadang-kadang ade dapat sapu tangan bentuk hati, ade dapat golden spoon + fork yang comel.. macam-macamla.. comel-comel gila! *kos dia pon bleh tahan gak la =P




credit : cenderahati






nota kecil : cuci mata =P

Diana Amir

07 November 12 Comments







“Memang benar tentang mimpi tersebut. Saya mendapat mimpi hari kiamat beberapa kali dalam masa tiga bulan dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir. Malah perkara itu sering membelenggu hidup saya. Setiap hari saya terfi kir tentang mimpi- impi yang saya alami itu. Ia menguatkan lagi tekad saya untuk berubah dan memang benar, kini saya rasa lebih tenang. Bukan itu sahaja, saya juga rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah dan belajar tentang agama dengan lebih mendalam sebelum terlambat. Kini saya belajar dari sebuah keluarga angkat di Shah Alam yang membantu mengajar saya mengaji dan ilmu agama. Bukan itu sahaja, sahabat- sahabat juga banyak membantu terutamanya Kak Wardina yang selalu mengajak saya ke usrah dan majlis agama. Terima kasihlah kepada semua yang membantu saya. Jasa mereka hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya,”



sumber : remaja



alhamdulillah diana amir dapat hidayah melalui mimpi.. dan diberi peluang.. nasib kita?? belum tentu.. sesungguhnya bertudung dan menurut perintah allah itu nescaya besar hikmahnya =)



wanita ibarat rama-rama

05 November 23 Comments











Wanita ibarat RAMA-RAMA. Apabila jari tersentuh sayap rama-rama, maka hilanglah coraknya. Apabila lelaki BUKAN MAHRAM, dibiarkan melihat dan menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya, maka HILANGLAH sedikit demi sedikit KEMANISAN diri itu. JAGALAH sebaik mungkin diri dan auratmu kerana sebaik-baik PERHIASAN dunia adalah WANITA SOLEHAH dan MALU itu sebahagian dari IMAN