Future husband

03 February 12 Comments
ini kesah antara aku dengan sorang besfren aku ni. Nadia. aku dengan nadia kenai lama dah. dari sekolah rendah lagi dah. sampai la ni pon dok keep in touch selalu. pastu kesahnya, lepas isyak tadi aku pon macam biasa arr godek fesbuk. tengok apa yang patut.

tup tup. kat newsfeed aku kuaq menatang ni :

"nadia in a relationship <3>

yelah pada orang lain apa lah sangat setakat update relationship. tapi pada aku, bilamana si nadia sudah hapdet status in a relationship, woahhhhh inikali kena terjah wassap dia teros ! hahaha

so aku pon memulakan sesi terjah ke wassap nadia. dah la nadia tengah dok pulun makan masa aku wassap tu.. langsung kawan tu mintak hold sat. tunggu dia setel mencekik pastu baru dia reply. berasap gak aku dok tunggu.. nerves aku mengalahkan dia yang mula bercinta. hahaha

         

      

            

okeh pertamanya, aku bukanlah kepochi macam yang engkorang dok pikir tu.. eleh takyah nak deny sangatla.. betoi kan? dok pikiaq aku ni minah kepochi kan??? hahaha gurau. aku ni dengan nadia ni je macam gini. kalo dengan orang laen memang takla aku nak macam gaya wartawan gila berita sensasi sampai tahap ni hahaha

sebabnya -- dengan nadia ni- dia sebaya aku. kami ni sama-sama selalu borak pasal jodoh. tengok kengkawan lain yang sama muda sebaya pakat dah kawen.. tinggaila kami ni belom sampai jodoh lagi.. makanya ya ibu ibu, bapak bapak sekalian, ya jadinya kayak gini lah bila orang yang belom berjodoh telah mula dipertemukan dengan bakal jodohnya... gittewwwww =P

aku tumpang heppy bila nadia cita dia rasa 'lain maciammm' sikit kali ni.. rasa yang cemana entah dia pon taktau nak describe. inshaAllah dia planning nak bawak jumpak parent dia tak lama lagi.. aku doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk hang nadia. 

aku dapat rasa kali ni he's the guy. sebab aku rasa hang punya feel tu lain maciammm sikit kali ni.. hehe.. moga bahagia sampai syurga :)



Fareeda Punya Tudung

03 February 11 Comments
isnin 3 februari. untungla sapa keja kat keyell. boleh cuti lagi harini.. aku keja kat Perak je. so dah kena masuk keja.. huwawawa. sipbaik la dapat gak offday CNY aritu.. kalo tak dapat cuti masa raya cina, konfem aku ngamuk kehkehkeh

eh jap.. memandangkan harini agak tak bizi, so aku pon jalan cuci mata nengok² kat fesbuk hape yang ade.. aku konfem majoriti perempuan / wanita memang akan tertarik bila tengok tudung Fareeda. tak kira la berapa layer.. dua ke tiga ke.. ada ring ke takde ring ke.. entah berapa macam fesyen yang lain yang aku tak tau lagi.. tapi tak semua wanita la yang tertarik atau minat kat tudung fareeda nih.. dia bukanlah tak minat sebenarnye... minat tu ada kot cuma salah satu sebabnya--mahai... itu yang menjadi batu penghalang dari wanita untuk memilikinyewww barangkali ahaksss ye lah customade kan. memang adatla mahai. pulak tu jenis material kain pon mestila dari yang jenis terbaek. konfemla harga kena mahai baq hang.
aku ni nak kata bekenan untuk beli, mungkin tak kot. aku repeat. MUNGKIN tak. buat masa ni memang tak mungkin la untuk aku beli memandangkan harga dia pun agak perrhhhh di luar kemampuan daku rakyat marhein ini huwuwuwuwu T___T sehelai tudung dia boleh buat makan 3-4 hari aku weyhh.. sebab tu buat masa ni aku mungkin takkan beli lah.. 

tapi 

err tapi..

bila selalu sangat dok TERtengok model dia pakai cantik--terletak je, pastu pulak kat  fesbuk plak skang ni bila friend kita 'like' je apa-apa mesti akan kuar kat newsfeed.. waduhh waduhh itu bisa menggoncang keimanan guwe nih !

sikit sebanyak mula lah ada rasa goyah dalam diri ini untuk membeli.. haishhhh  =.='  err tapi kalo aku beli pun mungkin aku tak pakai lah. aku planning untuk beli 2-3 helai pastu nak bagi mak aku pakai.. sebabnya aku rasa bila aku pakai tudung jenis sarung gitu, otomatik muka aku macam tahap makcik-makcik.. so better aku tak pakai.. baik aku beli je tudung bawal brand kangaroo-- selai baru dalam enam tujuh hengget je.. hoyeahhh ! hidup tudung bawal kangaroo ! hahaha



Fabulous February

02 February 11 Comments


Pejam celik--pejam celik, dah habes tigapuluhsatu hari dalam bulan januari.. skang dah februari.. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas. for FREE. nasib baik lah udara oksigen ni takleh jual beli.. kalo tidak mesti kita rakyat marhein ni tersepit ataupun konfemlah mati dah sebab tak mampu nak bayar harga oksigen yang makin meningkat  =.='

aku tertengok kat instagram si jihan rajalawak pasal kicap kipas udang botol besar tu.. harga kicap tu rm10 sebotol ! mak oi mahal betol dah skang ni kicap.. silalah bertukar kepada kicap jenama lain ye pasni =P


err tapi kalo tengok pada yang komen-komen tu ada yang kata maybe ini kicap yang dijual kat Jusco.. tu yang harga beza gila.. yelah kat dalam jusco aeon kan nak bayar sewa lot kedai lagi.. bla.. bla.. bla.. pfttt

makanya ya ibu-ibu, bapak-bapak sekalian ya.. pastikan nanti belinya jangan di dalam jusco ya.. cari aja di toko-toko runcit kecil yang enggak guna penyaman udara ya.. barangkali hargannya lebih sippppp gittuuu =P


aku tukar template sempena bertukar bulan.. konon-konon amek mood balik untuk blogging gittewwww ahaksss

pastu ada dua bloglist dah lost. aku dah back up before tukar macam-macam. tapi sampai ke sudah aku tak dapat figure out kenapakah boleh hilang. hurmmm nak kena cari balik satu--satu kawan-kawan dalam list tu huwawawawa



Jangan Kedekut

13 January 13 Comments

salam 13 Rabiulawal. moga semuanya baik² saja. aku? macam biasalah. jawapan cliche -- bizi. arini dah masuk minggu kedua kita di tahun duaribuempatbelas. dah macam² benda jugak yang kita hadap. awal januari aku, bermula agak tak best. dan yang tak best tu aku pon taknak cerita. cuma aku berdoa dan berharap supaya yang tak best tu takkan berterusan. 

aku buat kerja--
apa sajalah,
tak pernah letak HARGA.

apa saja insan sekeliling aku mintak bantuan,
selagi mampu, aku usahakan.

abah-
dari sekecik² aku diajar-- mahu apa saja, sila usaha.
bukan main tadah tangan saja.
alhamdulillah setakat ni jadi manusia.

mak-
berbakul pesan tak pernah lupa--
buatlah apa saja, asalkan hormat orang lebih dewasa.
dan jangan pernah buat sesiapa terasa.

********************************************

aku pon manusia biasa. tak pernah lari pon dari buat dosa. dan aku jenis manusia yang kalau jiwa aku pedih, aku sebolehnya jauhkan diri dari laman sosial. sumpah aku takut. 

takut TERlajak tulis.
takut TERlajak kata.

maklumlah, versi tulisan ni memang lain. kita tulis : lain intonasinya. orang yang membaca : lain intonasi bacaannya. dan yes -- bila jiwa pedih, mengadulah pada DIA. memang DIA selalu ada. itu janji DIA. kita yang manusia kerdil ni je selalu sombong. lupa. 


owhh dan satu lagi. sempena Maulidurrasul ni, janganlah kedekut. tak kiralah untuk apa sekalipun. jangan kedekut sedekah. jangan kedekut berdoa. jangan kedekut senyum. jangan kedekut drop komen. kehkehkeh


Jujur Aku Tak Kuat

04 January 11 Comments

Januari bermula agak sedap. Pada awalnya lah.. masuk hari kedua januari duaribuempatbelas, ada yang kurang enak.. masuk hari ketiga juga begitu.

Jujur aku katakan --
AKU TAK KUAT.


*aku berkira-kira nak add adik aku si Pian jadi admin blog ni.