Jangan Jadi Camni

15 July 35 Comments
Ya ampunnnnnn ! Nak kata tua, takdela tua sangat. Nak kata aku banyak makan kepala ikan, pun tidak sebabnya aku memang tak berapa nak minat kepala ikan.. Mungkinkah sebab banyak TERminum air yang banyak semut ? Hishh hape daa nak salahkan semut pulak.. Pada hal sendiri yang lupa.

Frankly speaking lah kan, cheyyyy todia kemain lagi engko nak frankly bagai hahaha.. Takdelah sebenarnye aku memang jaaaaaarang sangat terlupa kalau yang melibatkan perkara-perkara penting contohnya : tarikh kena service kereta, tarikh kena renew lesen / roadtax dan yang berkenaan.. Malah, aku ni lah insan yang selalu jadi tukang ingatkan pada insan-insan tersayang di sekeliling aku..


Tapi kalini entah mana silapnye, aku pun tak tahulah. Aku sendiri boleh pulak terlupa yang bahawasanya lesen memandu aku dah tamat.. Bermula pada tahun bila entah dah dikuatkuasakan yang tarikh luput lesen memandu adalah pada tarikh lahir kita sendiri kan ? salah satu puncanya deme buat camtu adalah untuk nak kurangkan alasan 'terlupa lesen dah tamat tempoh'. Yela dah tarikhnye sama dengan DOB engko, takkan lah lupe lagi kan? tapi kalau benda dah nak jadi, memang Kun Faya Kun jugak.. bukti nya? ni ha. aku sendiri buleh terlupa. bukan satu -- dua hari pulak tu.. lesen aku dah expired 13 Mei haritu. dan aku baru tersedar dua tiga hari lepas ! itu pun sebab aku dengan partner kerje aku dok belek-belek ic masing² pakat dok tengok muka makin membulat dengan jayanya hahaha

Rupanya selama dah expired dalam lebih kurang dua bulan lebih ni, aku kemain lagi ke sana sini dengan konfidennya.. Sampai dah 2--3 kali p Ipoh, Kampar, Subang apa segala bagai.. Sipbekla takdak jadi apa² yang tak diingini selama dah mati lesen nih.. haisshhh ~ 


Makanya, kemarin dulu tu aku pun apa lagi. Kalut la p ke JPJ Tapah untuk renew. Sipbekla orang tak ramai memandangkan bukan hari Isnin.. Takyah beratoq lama la aku kat situ.. Amek nombor -- bayaq -- snap gambar terus kat situ -- tunggu 2,3 minit -- setel . Aku tak tau lah memang sekarang ni minimum period untuk renew lesen adalah memang 2 tahun ke atau disebabkan aku ni terlewat, so dia kata takleh buat setahun dik, kena minimum 2 tahun.. errr ke cane ea?

Lesen baru sekarang ni dah tak mainla yang laminate-laminate tu.. sekarang ni dah canggih.. lesen dah jenis keras macam ic tu.. kehkehkeh.. Alhamdulillah  masih dilindungi. Allahuakbar. Ingat naaaa, jangan jadi lagu ni ok ? :)


Jangan takde

14 July 14 Comments
Bila aku terbaca cerita ramadhan tahun lepas kat blog Cero, aku sengeh sesorang sebabnye aku antara pembeli murtabak tegar tiap kali ramadhan.tapi berbeza dengan kisah Cero --- peniaga murtabak tu pompuan. untuk kisah aku pulak --- peniaga murtabak tu lelaki. hehe

Tiap kali Ramadhan, juadah wajib kena ada tiap kali aku nak berbuka puasa adalah MURTABAK. ya murtabak.. murtabak ni pulak kalo lain tempat, lain cara kuah / cicah dia.. macam kalo area utara (Penang,Kedah,Perlis) selalunya peniaga akan bagi cicah dia hirisan bawang yang digaul dengan cuka which is yang tu aku paling tak suka.. aku prefer murtabak yang didatangkan dengan kuah kari / gulai.. 

Makanya, tiap kali hari pertama Ramadhan, aku akan buat survey dulu pada semua peniaga yang jual murtabak (untuk make sure dia bagi kuah apa) kalo bagi yang bawang tu semata-mata sebagai kuah memang aku takkan beli lah kat peniaga tu kehkehkeh.. tiga tahun masa aku duduk Penang dulu, memang murtabak lah makanan wajib aku beli tiap kali p bazar. maklumlah masa tu student, makan pun kena bajet sebab taknak miss shoru beb ! so kena pandaila ejas perut dan jugak tekak untuk tidak jadi haloba semasa ke bazar. so kena beli murtabak + (cucur/mee/kueh teow/laksam) + buah-buah. itu la menu wajib masa zaman merantau dulu. 

Kat bazar yang aku pegi tu, cuma ada 2 peniaga je yang jual murtabak. pastu pulak cuma 1 peniaga tu je yang ada bagi kuah kari dan bawang tu sekali.. maknanya aku memang jadi pembeli tegar dia la setiap hari sebab peniaga yang 1 lagi tu cuma bagi kuah bawang cuka tu je.. makanya setiap harilah aku jumpak brader murtabak ni. ada 3 orang yang handle gerai tu. sorang tukang tebar dan dua lagi tukang bungkus.. untuk minggu pertama puasa tu memang diorang tak menang tanganlah sebab memang ramai gila yang datang beli. aku pulak memang jenis akan datang---order nak berapa keping--pastu aku teman member round bazar tu dulu. dah nak on d way balik tu baru aku singgah amek. dan macam tu lah hari-hari seterusnya..mesti korang bajet aku ada kesah percintaan ke hape dengan brader murtabak ni kan? malangnye non hado ! ahaksss

Pastu sekarang ni bila dah kerja, pun masih sama jugak selera aku tiap kali berbuka puasa. masih murtabak. cuma bezanya sekarang ni, aku tak lagi pergi beli setiap hari murtabak tu.. kadang-kadang aku yang pegi beli dan kadang-kadang abah aku yang pegi belikan.. dan kalau dulu aku cuma beli paling banyak pun dua keping je, tapi sekarang ni disebabkan adik aku si aiman tu pun dah terjebak sama jadi pemakan murtabak tegar time berbuka puasa, jadinya memang tak cukupla kalo beli dua keping je. haruslah beli 3 atau 4 keping gittewww ~

*aku memang jenis tak makan nasik tiap kali berbuka puasa... setiap hari sahur pulak aku makan nasik goreng + berlauk ayamas je(selain pada tu tekak aku takleh telan sepanjang sahur)






July | Jom Jaga

06 July 5 Comments
Dah julai.. disebabkan tenet P1 slow mengalahkan siput cadbury beberapa hari kebelakangan ni.. atau lebih tepatnya beberapa minggu lepas, makanya aku memang batalkan je lah niat nak update ape-ape.. naik menyampah pulak tiap kali loading page pastu aku tunggu punya tunggu punya tunggu, hapa pon tarak.. yang keluar cuma 'cannot display the webpage'

huh seriyes rasa macam chiskek betol la ! selama ni tak pernah jadi slow tahap gaban camni.. sampaikan tiap kali aku buat speedtest, cuma dapat KOSONG point something je speed untuk download.. sebelum ni paling teruk pun setakat below than 2Mbps je.. rupanya bosses aku inform ada problem kat pencawang main base station itu hari kena lightning strike katenye.. technician tunggu barang yang diorder sampai untuk ganti barang yang rosak tu, so sebab tu la line jadi slow tahap mencabar keimanan sementara tunggu replacement tu.. 

aku dengan partner bukanla ape, yelah dah awok keje pun kat pusat internet, bila jadi je problem gini berlarutan sampai almost two weeks, mane tak panas telinga bila tiap kali customer datang je kene sembur :

"korang ni tak buat keje ke ?"
"takde report kat orang atasan ke?"
"dah dekat 3 minggu dah ni, apsal tak ok lagi ni?"
"kalo dah memang jenis makan duit customer, memang camni lah jadinye"

Fuhhh mencabar keimanan wo.. tu pun sipbek aku pikir customer semua orang-orang kampung sendiri gak, malas nak balas pape. buleh balas senyum tawar je la pun.. dah nak wat cane, benda tu diluar bidang kuasa aku dengan partner aku.. boleh buat report je la setiap hari kat Bosses pasal speed slow tahap teruk + mengecewakan + mendukacitakan, pastu kena tunggu je la. bukan buleh nak p ejas sendiri kat base station tu ke hape. 

Sipbek pulak la Ramadhan. Jenuh ajar diri sendiri jadi lebih sabar. Phewww =.='

Salam Ramadhan :)


Janji Tetap Janji

15 June 19 Comments
dalam pada dok bertarung dengan kondisi yang tak berapa pulih sepenuhnya, aku gagahkan juga untuk setelkan beberapa aktiviti sempena cuti sekolah aritu..

 
 
 
Antaranya kuiz matematik dan ujiminda, permainan orang balak, chef cilik membuat cupcake, straw kiss, tiup belon paling besar, pijak belon diikat pada kaki dan yang last liga tuju kasut. alhamdulillah setel jugak semuanya walaupun bajet untuk program kali ini lebih ciput daripada yang sebelum-sebelumnya, tapi aku dengan partner kerja aku berjaya jugak buat beberapa aktiviti yang tak sia-sia. setiap aktiviti tu semuanya perlukan kerjasama antara ahli pasukan kecuali untuk kuiz matematik tu je kena buat masing-masing. mulanya aku ingatkan takde sambutan sebab hadiah pun tak grand sangat macam sebelum ni, tapi rupanya alhamdulillah masih ramai adik-adik yang sudi join untuk edisi cuti sekolah kalini. 
Bila ditanya aktiviti mana yang paling seronok -- jawapannya membuat cupcake sebab boleh dapat makan free cupcake yang masing-masing dah buat tu hehe.. dan jugak liga tuju kasut tu pun rupanya dapat sambutan yang baik.. majoriti adik-adik ni lahir zaman tahun dua ribu jadi dah semakin berkuranglah pendedahan tentang permainan tradisional macam tuju kasut ni.. bila dapat peluang main kalini, semua bersemangat nak menang rupanya ! dengan aku sekali yang tengok pon rasa teruja nak join sekali.. mana taknye, mengimbau balik kenangan masa kecik-kecik dulu. ini lah antara permainan paling havoc untuk kanak-kanak yang lahir tahun 80an dulu.. semua aktiviti majoritinya outdoor pastu lasak. main sampai kotor-kotor habes segala baju seluar.. pastu balik nanti kene bebel dengan mak.. tapi esok buat lagi kehkehkeh

Jenuh Pulun

09 June 10 Comments
Allahuakbar. tengah syok syok bersemangat waja aku dok pulun organize macam-macam aktiviti cuti sekolah untuk adik-adik yang tengah cuti sekarang ni, satu kali demam selsema menyerang pulak daaaa. haishhhh sabar. dugaan ni ana. program stil kena proceed sebab dah keluarkan flyers apa semua. nak taknak dalam pada dok tahan hingus meleleh tu, jalan gak la program. maap la ye lama pulak ghase tak hapdet.. cuti-cuti ceni memang diserang hebat aje pagi petang. malamnye pulak dah tak lalu la pulak nak tongkat mata.. ni pun dok srett srett lagi hidong ha.. 

aku ni pulak jenis jarang-jarang sekali demam tapi tu la bila dah kena, haaa mula la kena yang paling teruk.. kalo setakat selsema saja takpe tapi dia mai sekali dengan sakit kepala pastu terus rasa berat je mata ni nak bukak ha.. kalo ikotkan hati dan rasa yang tak larat memang nak landing je atas tilam sambil pejam mata belayar ke alam mimpi tapi tak berapa nak buleh sebabnya aku kena setelkan dulu program tu semua.. huwawawa 
dah la sekarang ni musim panas lain maciammmmmm dia punya panas.. sebelah malam pun tahap panas dia lain maciamm. sampaikan rasa nak tido dalam bilik air la. haaa punya panas.. ni pun sipbekla rumah kampung --- angin keluar masuk dari segenap ruang. kalo duduk rumah flat, aku tak tau nak katala cemana tahap panas tu.. dua tiga malam ni memang aku stanby towel kecik + air dalam mangkuk untuk jelum kepala masa tengah layan mata nak tido tu... tu pun kena buat sendiri la. nak harapkan hasben non hado kate ko adehhhh semoga cepatla dipertemukan jodohku dengan putera hatiku.. aminnn fuhhh fuhhhhh kehkehkeh ~