Ohsem October ! Part 2

10 October 15 Comments
Sebelum ni aku ada bagitahu yang 'i got something from someone' tu kan??? Jap lagi aku citer.. Ohh sebelum tu maaf sangat-sangat belum sempat terjah balas BW ke blog engkorang sebabnya semalam aku terlibat dengan Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Perak.. Program tu start seawal 7.30 pagi dengan aktiviti yang macam-macam.. 

Setel je program AADK tu aku terus shoot pergi Program Sukan Tahunan Sekolah pulak.. sukan tu pulak start jam 2.30 petang sampailah 6.00 petang... so semalam memang betul-betul outdoor plus berpanas plus berjerebu tebal gilerlah sampai ke petang.. Malamnye tu kononnye lepas isyak nak lah jalan-jalan terjah blog kawan-kawan sekalinya letak kepala terus hanyut tak ingat apa dah hehehe


Ahahhh ! Nindia la yang aku kata 'something from someone' tu ! Rupanya dalam peti surat merah tu ada Majalah Aisyah Edisi Oktober 2014 yang aku dapat PERCUMA yakni FREE pemberian akak blogger paling manis dan murah hati gitteeewww iaitu kak Anies.  Terima kasih Kak Anies ! Yang lagi menggumbirakan hati dan perasaanku ini adalah tu nampak dak yang 15% off tu??? Haaaa tu nama dia voucher free untuk shopping apa saja kat Zalora dot com dot my.. Kak Anies siap klip kan sekali kat dalam first page majalah tu.. siap ada p/s lagi tu ha dari Kak Anies.. InsyaAllah mudah-mudahan bermanfaat. Aku dah belek habeh dah majalah Aisyah ni memang semua info bermanfaat kat dalam tu.. Bagus sangat untuk pembacaan gegadis remaja sebab berunsurkan islamic.. 

Tak sangka dugaan kereta kena scratch dengan trailer aritu digantikan dengan dipermudahkan proses claim insurans untuk repair kereta tu, pastu pulak tak sangka-sangka kereta aku dah boleh ambik masa sehari sebelum raya haji aritu, pastu pulak ujian url blog pon dah pulih pastu pulak siap dapat FREE majalah Aisyah dari Kak Anies.. Alhamdulillah syukurnya rasa..

Eizz ada tanya kat komen box cemane nak buat scrollbox macam kat blog Ana ni kan? Pssttttt meh sini nak habaq.. errr sebenaqnya kan, Ana tak pandaila nak buat tutorial cemana.. sebabnya Ana pon main google je segala benda pastu godek-godek sampai puas hati sendiri.. Pusing code sana pusing code sini pastu setel.. konfem Eizz pon boleh aihhhhh kehkehkeh

Heyy siapa yang teka Ana dapat cheque dari nuffnang hah??? Salah la.. blog ana mana ade nuffnang pon kehkehkeh =P

hidung dah mula ketat.
hingus dan sinus dah mula pekat.
kepala mula berat.


Ohsem October !

09 October 16 Comments
Ok rasanya blog aku ni dah fully recover dari demam url tak terupdate pada bloglist kawan-kawan.. Walaupon aku dah hampir nak gigit peti ais disebabkan tak puas hati punya pasal sebab tak dapat figure out. Lepas bertungkus lumus perah otak check sana sini finally yeyyyy dah ok semuanya ! Alhamdulillah. 

Kereta pon dah kembali pulih. Dah discharge pun dari bengkel sehari sebelum raya haritu.. beraya dengan 'baju baru' jugakla kereta aku hehehe bak kata Acik Idah =P

Dannnnn pabila pulang dari kerja petang hari tadi dengan rasa terujanya aku pon cek la peti surat.. Tup tup haaaaa amek engkau ada surprise ! I got 'something form someone'

Wahhhhhhh dah macam menang lucky draw dapat TV LCD 72inci dah perasaan aku weyhhh ! Esok aku ada one day Program Anti Dadah anjuran Felda kat tempat aku.. Aku agak sibuk sebab terlibat secara langsung sebagai urusetia. Program start seawal 7.30 pagi dengan aerobik senamtari.. wuhuuuu dah agak lama tak join aerobik-aerobik bagai ni.. 

Nanti esok aku share kan apakah surprise yang ada dalam peti surat merah tu sebenarnye hehehe =P

Ok Moh Kite Cube

07 October 16 Comments
Malam semalam aku try godek sendiri akaun feedburner aku untuk check apa lagi yang tak kena sampai kan dah satu minggu url baru aku masih jugak belum diupdate pada bloglist kengkawan.. Mekaseh engkorang yang sudi jugak singgah sini walaupun url aku masih tak berapa nampak updated kat bloglist huwawawawa   Habeh segala keyword aku google asalkan ada kena mengena tentang cara untuk buat url updated kat bloglist.. Merecik segala peluh jantan betina ! sampaikan dah mula rasa macam nak gigit peti ais je tahap geram die tu tau tak ??? Ok yang tu aku tipu kehkehkeh


Tapi tadi aku nampak komen dari Plain tegur :

"woot woot... tetiba url dah boleh diaccess dari bloglist, dah berjaya la ni kiranya? huehue tahniah~ ;3"

Errr kat blog aku memang dah kuar la Nama Blog baru (ana-mizu™) dan updated 1 day ago tu ha.. Hurmm memang amek masa kot untuk robot crawl semula semuaaaaaaa entry-entry blog kita.. yelah sebab nak update link lama bawak ke link baru ye dak? 

Ke benda ni kat blog aku je updated?
Kat blog kengkawan dah ok ke?
Errr ke semua ni dusta belaka? sobss sobss

*entry takde gambar sebab jenuh loading. 
Tenet macam haremmmjadehh je huhuhu

UPDATED :
Alhamdulillah rasanye dah fully recover dah kot kan? kan? kan?
Ce komen ce komen kehkehkeh =P




Ouchh! Its A Smile :)

06 October 27 Comments
A day before Aidiladha -- received a call from the workshop yang aku antar kereta aku tu.. Mulanya aku macam taknak jawab je call tu bila nampak nombor tu naik sebab aku bayangkan mesti akan ada berita kurang menyenangkan hati yang bakal aku terima.

Tapi, ternyata sangkaan aku tak benar sama sekali. Jauh di corong sana aku dapat dengar dengan jelas satu suara tu mengatakan:

"Hello Miss... you punya kereta Pesona Silver number bla..bla..bla.. sudah siap aaaa.. You sudah boleh datang ambil hari ini after 3pm ya.."

Aku yang terasa macam tak berapa percaya, buat-buat tak berapa dengar dan tanya lagi sekali supaya dia ulang semula apa yang dia cakap tadi. Konon-konon macam pekak pulak.

Dah la aku bermuram durja beberapa hari kebelakangan ni sebab masalah blog tak terupdate pada bloglist masih belum setel lagi.. Hal  tuntutan insurans kereta pun masih samar-samar lagi.. 


Bila kali kedua dia repeat ayat yang sama, barulah aku senyum tak mau-mau... Sampaikan aku rasa yang dunia sekeliling aku terhenti seketika tatkala aku mendapat perkhabaran gumbira itu.. wahhhhhh gittewwww ahakssss

Petang tu lepas je setelkan apa yang wajib, aku terus ajak mommy daddy dan abang long beserta akak ipar dan juga si anaknye Rafael yang obses otromen tu ikot sekali p ambik kereta tu kat workshop tu kat Kampar, Perak.

Barula aku rasa semangat untuk beraya bila tengok segala koyak rabak yang haritu dah kembali pulih tanpa ada lagi cacat celanya... Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.. Terima kasih jugak engkorang-engkorang semua yang drop komen mendoakan segalanya dipermudahkan.. Sayang engkorang ketat-ketat ! Mmmmmmmuahhhhh ! XOXO ! haaaa kat pipi engkorang kehkehkeh



Salam Aidiladha.

Ohh Its October !

03 October 20 Comments
Hurmm dah oktober. I is sad.
















1.Dah godek sana sini.
2.Blog masih tak terupdate kat bloglist kengkawan.
3.Ada sebab kenapa aku tukar url.
4.Sedih T___T

Buat masa ni aku BW je lah tiap hari dan drop url baru aku ni kat komen entry engkorang yang sudi singgah blog aku ni.

Aku tak nampak cara lain untuk make sure engkorang nampak aku 'ada' dan 'online' .
Maafkan aku sekali lagi.

Aku masih menchoba sebaiknya.
Sedang layan The Piano Guys di youtube.

Saiaa ta kuaddd T___T