Nota Untuk Sang Awan

19 November 27 Comments


Sebenarnye ini telemovie dan dah ditayangkan pun masa 4 November aritu kat TV2.. Aku kebetulan tertengok citer ni sebab masa tu dok main tekan-tekan remote tukar-tukar channel.. Pelakon dia Beto Kusyairy dan Aisya Hasnaa.. Dalam tu Beto ni lumpuh sebab eksiden. Wife dia meninggal dan lepas eksiden tu dia terus macam give up sebab terlampau sayangkan wife dia. Adik dia (Anne Ngasri) yang jaga dia sepanjang lepas dia eksiden tu dan banyak kali suruh abang dia move on tapi abang dia agak degil. Beto ni penulis dan dia nak kaji tentang communication melalui burung merpati so dia pun tiap hari tulis sajak / puisi dan ikat pada burung tu sebab dia percaya burung-burung tu akan balik semula. Adik dia tak percaya semua tu. 
Nak dijadikan cerita, burung tu boleh pulak ditakdirkan sampai kat si Aisya Hasnaa, maka diorang pun saling berbalas lah surat melalui burung merpati tu. Macam-macam jugak masalah si Aisya ni kena hadap -- dengan perangai adik dia yang tak sudah-sudah menyusahkan dia dok mintak duit je kejenye. Dah la hidup tahap pemalas tak tau nak cakap dah. Keje dok pow kakak die je mintak duit. Yang si kakak pulak terpaksa keje cari duit sendiri untuk sambung belajar sebab si ayah pun diberhentikan kerja... Sesiapa yang terlepas tengok haritu boleh la tengok online. Kat sini ade rasenye. Aku selalunya tengok situ je kalo terlepas cite ape-ape yang best kat tv. Maklumlah sekarang ni kan zaman semuanya di hujung jari. kehkehkeh =P

Pssst~ siapa lagi yang belum join 1st GiveAway by Anamizu
Ada lagi beberapa hari sebelum 28 November. Meh la join meriahkan lagi hehehe http://eemoticons.net


Name Your Favorite Challenge

15 November 21 Comments


Segala benda ni semuanya adalah my feveret.. Berdasarkan daripada latest entry kat blog Amy J, dan kebetulan jugak bulan ni start with 'N' so here we go ! Name your favorite challenge !

1. Place : Nature [sungai / tasik / bukit / gunung etc ]
2. Person : Abang Long
3. Color : Black 
4. Food : Apa saja yang base on kueh teow
5. Smell : Fruity
6. Book : Art
7. Movie : K3G
8. Music Artist : Takde
9. Genre of music : Semua yang tak bingit telinga
10. Magazine : Foods
11. Day of the week : Sunday
12. Animal : Holland Lop Bunny
 

13. Font : Cambria / Consolas / Short Stack
14. Sound : Piano
15. Workout : Jumping Jacks
16. Word : Cute
17. Thing To Do When Bored : Layan Lagu
18. Eye Color : Blue
19. Language : Japan
20. Class in School : Art

Nametag

14 November 27 Comments
Aku tertarik dengan artikel yang Mr Titan share kat blog dia pasal cara nak pilih nama untuk buat nametag baru.. Zaman sekolah lebih kurang 15-20 tahun dulu memang majoriti murid-murid pon kena tempah nametag yang siap ada pin tu.. Tapi bila zaman makin berubah, dah diupgred kebanyakannya murid sekolah hanya guna tanda nama yang secara sulam tu je.. 
Sebenarnye buat nametag ni ada saiz dan ukurannye jugak.. Bukan main hentam je.. Tambah pulak kalo kerja gomen, memang wajib rasanya kot kena pakai nametag.. Errr tapi ramai jugak yang letak dalam poket atau dalam handbag.. kan? kan? kan? kehkehkeh
  
Zaman sekarang ni pulak nama-nama anak kemain canggih lagi haa.. Selagi boleh panjang, memang habes panjang la mak ayah letak nama.. Last sekali nanti anak tu tak reti nak tulis nama sendiri sebab panjang sangat =P  Kalau dah panjang namanya habes tu kat nametag nak letak nama ape pulak? sebaiknya pilihlah nama yang dominan.

Contoh:
Alexia Nur Damia Hana--Damia
Muhammad Izzad Farhan--Izzad / Farhan
Nur Syazreena Natasha--Natasha
Izz Rizqi Rayyan--Izz / Rizqi / Rayyan
*kalau nama Cina atau India selalunya ditulis penuh sebab jarang terlalu panjang barangkali.

Nampak tak? Kesimpulannya tak salah letak nama anak panjang mana pun asalkan maksudnya kita yakin baik dan pandai-pandailah mak ayah settiing masa pendaftaran sekolah nanti kan? kehkehkeh =P   Siapa cakap apa lah ada pada nama ?? Heyy harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama tau ;)

Nak Mandi Punya Pasal

13 November 13 Comments
Nampak gambar ni kat fesbuk siapa entah tadi.. Ini kes tunggu giliran untuk mandi la ni.. Siapa-siapa yang biasa duduk asrama memang cukup familiar la scene cenggini.. Aku ni memang tak pernah la dok asrama.. Memang dari kecik sampailah ke besar sekarang ni dok rumah family je so memang takdela merasa pengalaman cenggini ahaksss
Adik aku si Pian antara insan terpilih yang kena stay asrama dari start umur 13 tahun.. Pian dapat sambung sekolah kat Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim kat Jitra, Kedah ataupun nama gelaran sekolah tu Jenan. Masa awal-awal antar tu mak aku lah insan paling sedih sebab kena berjauh dengan anak dia.. Maklumlah sebab itu satu-satunya anak dia yang dapat masuk asrama penuh.. Berbulan jugakla mak aku tak lalu makan dok terkenangkan anak dia cemana la kat asrama sana.. Tambah pulak bila ada je berita pasal kes buli, haahhh mak aku mula la air mata bertakung takot-takot anak dia kena ke.. Yelah bila dok asrama ni macam-macam la pahit manis kena tempuh kan? Kena buli tu adat la dok asrama. Tapi berdasarkan apa yang adik aku si Pian cerita tiap kali dia balik cuti, takdelah teruk mana sangat buli tu. Tak taulah kalau ada yang teruk-teruk tapi dia takmau cerita  =P