Misteri

20 May 27 Comments
Penuh newsfeed pasal kesah misteri ni. Kesahnye sorang siswi tu didatangi sorang wanita ni menangis-nangis nak pinjam duit sambil dukung anak die. Mulanya siswi tu berkeras taknak kasi sebab takut kena tipu tapi last-last dia tak sampai hati dan bagi jugak duit belen yang ada dalam poket die.
Pastu bila dia dah gerak sampai kat tol kot, akak tol tu tanye nape adik letak duit kat wiper cermin tu. Sekali bila dia tengok, naaahhh engkau ada 20 keping not 50 katanya. 
Misterinye. Kalo duit betul, ok ape. Kira dapat 'cash' lah sebab tolong akak misteri tu. Tapi kalo duit pelesu, duit sindiket percetakan wang haram lettewww =P
Tak kisahlah sebenarnye misteri ke tak, yang penting, niat kita untuk tolong. Cuma tu lah kadang-kadang, kita memang nak tolong tapi kalo nasib tak baik, kena pulak samun ke hape. Mintak dijauhkanlah ye nak..

Mandi Sungai

19 May 19 Comments
Cuti hujung minggu baru-baru ni family aku pergi mandi-manda kat Hutan Lipur Kuala Woh. Mulanya si Rafael ni demand mintak nak pergi mandi kat Lost World Of Tambun kat Ipoh nu. Pastu aku bantah dengan alasan jauh nak pergi (pada hal poket aku tengah tak berapa tebal). 
Pastu aku pun bagi idea bernas untuk pergi picnic di tepian sungai Kuala Woh (Tapah) ni. Dengan penuh harapan, aku pujuk lagi si Rafael tu bawak itik kuning nanti boleh berenang-renang kat dalam sungai tu. Tak yah nak takut hanyut sebab ada itik kuning tu.
Bila sampai je kat lokasi, memang dia tuntut la segala janji manis yang aku taburkan kat dia. Last-last papa dia yang kena bawak dia pergi berenang-renang dengan itik kuning tu. Kami-kami sibuk lah nak bakor segala ikan, ayam, udang yang dah diperap siap-siap. Perut pun dah memang lapar. 

Bahagia sungguhla si budak kenit ni dapat main air. Jenuh pujuk ajak naik. Sampaikan kena tukar shif la aku dengan papa dia. Budak kecik mana yang tak naik syeikh bila jumpa air. Mula-mula je acah-acah takot, pastu huhhhhh tak lalu la engko nak melayan kerenah dorang ni.

Sipbaikla aku ada sorang ni je anak sedara. Kalau lah ramai, pengsang makcik nak oiiiiii!




Meningkat Usia

18 May 32 Comments

Jumaat lepas kawan-kawan sekerja aku buat majlis makan-makan. Ini perkara biasa yang kami memang buat setiap bulan. Hari yang kami pilih selalunya adalah Jumaat waktu lunch hour (12 hingga 2 petang).

Slot itu je yang kami (staff perempuan) dapat berkumpul (sebab kami bertugas di site yang berbeza) dan waktu tu je rehat agak panjang. Yelah staff lelaki kena pergi solat Jumaat. Jadi waktu itu kami gunakan sebaiknya untuk pastikan aktiviti makan-makan ini berjalan lancar. 


Kebetulan Mei ni bulan kelahiran aku. Tak sangka pulak kawan-kawan aku planning ada kek segala. Kami bincang untuk makan ala-ala kampung je sebab lauk utamanya ikan keli bakar , air asam , ulaman, sambal belacan, kepah masak masam manis, masak lemak daging salai dan ada jugak ikan pekasam. 

Terima kasehlah sahabat-sahabat aku ni yang tak kedekut dan susah payah planning untuk majlis makan-makan kalini. Kek ni pulak Mama Ayish sponsor. Siap suruh aku teka lagi apa jenis kek ni kat dalamnya. Rupanya it is rainbow cake!  7 layer engko!!! Homaiiiiii mekaseh Mama Ayish!!! 

Besday aku sama dengan sahabat blogger Plain83. Satu-satunya sahabat maya yang sama besday dengan aku setakat ni hehehe. Semoga semua orang dikurniakan kebahagiaan dan keindahan setiap hari. Aminnnnn :)





Menggapai Awan

17 May 16 Comments


Alhamdulillah cuaca kat tempat aku harini sangat sejuk. Feeling-feeling macam ada di Cameron Highland pulak. Walaupun bekerja di hari Ahad, harini terasa bersemangat luar biasa pulak. Masa awal paginya tu, aku planning nak pergi wedding anak jiran kat area ofis aku kerja ni. Pastu tup-tup masa jam 12 lebih tu turun hujan lebat selebatnya. Langsung aku stuck dalam ofis takleh nak pergi ke mana. Nampak gayanya memang takde rezeki aku la nak makan kenduri T___T


Bila dah stuck dalam ofis waktu hujan-hujan cenggitu, tetiba idea dan semangat kerajinan di tahap luar biasa mai. Tangan aku pun gigihla dok buat benda ni. WIG ni sebenarnya Wildly Important Goals. Kira senang cerita benda ni monthly performance index yang kami kena achieve. 4 benda ni perkara paling utama yang kami kena capai setiap bulan. Kalau kata tak tercapai, siap sedia la dengan segala jawapan bernas lagi kukuh. Tu pun kalau rasa nak kerja lama lagi la kat ofis ni. Kalau rasa memang takmau lama, buat tak tau je pun takpe =P