Jeling Peti Surat

28 July 45 Comments
Masa balik dari kerja petang semalam, tengok-tengok ada something dalam peti surat. Aku pon menjeling menjeling ku bertentang. Ada envelope coklat. Ada nama aku. Tertanya jugak dari siapa. Bila ku belek di belakang sampul tu ada nickname beliau. Owhhh rasanya aku tahu dari siapa hehehe



Bila aku bukak je envelope tu. Tadaaaaaa! Ada sampul raya Ana Muslim dan jugak DUA fridge magnet dari Egypt! Dok belek jugak dalam sampul raya tu kot-kot ada terselit duit raya hehehehe. Terima kaseh kak Anies! Haritu pon kak Anies pernah bagi something kat Ana. Sayang kak Anies ketat-ketat mmmuahhhhhhhhhhhh hehehe

Kak Anies ni memang pemurah dan ramah orangnye. Walaupon aku cuma kenal di alam blog aje tapi aku yakin kak Anies memang insan peramah. Pastu kak Anies jugak rajin sharing pasal travel beliau ke Bumi Mesir. Cuba lah terjah blog kak Anies kalau tak percaya hehehehe



Jangan Tanya Apa-Apa

24 July 61 Comments
Blog bersawang. Cliche gila. Sebulan tak hapdet. Dugaan macam-macam. Bertabahlah aku selama ittew. Sesungguhnya bertabah itu kan indah akhirnya nanti sobsss sobssss 

Terima kaseh rakan-rakan blogger yang tak lupa kat aku ni. Bertanya khabar apa segala. Semoga engkorang sentiasa dalam lingkungan rahmatNya dan berbahagia selalu disamping keluarga. Moga bertambah murah rezeki dan aku mohon jangan lupa selitkan aku dalam doa engkorang-engkorang :")

Ini antara pemberian daripada kawan-kawan blog sepanjang aku tak terhapdet blog ni.. Semoga bertambah berlipat ganda rezeki engkorang :)

Yang ni aku dapat daripada hakak chantek Deanna Morni sebab jadi antara top pengomen kat blog dia masa bulan Feb sampai Mei. Lepas pada tu dah tak buleh nak jadi top dah. Dok ujung-ujung je buleh T___T


Ini jauh daripada selatan. Es Es yang kasi. Mekaseh Es Es sebab selalu tak lupa dan tak kedekut langsung untuk berbagi rasa chenta dengan kitew ni. Banyak tau kesilapan Es Es dengan kitew antaranya sebab p jenjalan tak angkot kitew sekali kehkehkeh =P


Ini pulak daripada nunnnnnn jauh kat utara. Daripada Zumal. Mekaseh Zumal hehehe. Sapa tak kenal Zumal yang sekarang ada bisnes sendiri tau. Dah la penyayang kucing. Sesapa nak kenal-kenal buleh la p terjah blog Zumal. Mintak je fon number terus. InshaAllah Zumal tak kedekut nak bagi. Errrr alamak. Ampun dan maaf ye Zumal. Gurau-gurau je hehehe. 


Ini pulak ole-ole daripada Encik Boss aku yang dedulu. Beliau kalo pegi memane, tak pernah lupa kami-kami ex-staff ni. Mekaseh Encik Boss sebab tak pernah lupa kami. Semoga bertambah murah rezeki encik sekeluarga.

Terime kaseh sekali lagi pada semua. Doa aku untuk engkorang semua semoga makin dilimpahi rezeki, sentiasa sihat dan bahagia disamping keluarga :)



Jangan Terkejut Lagi

17 June 30 Comments

Haritu ada dapat vespa sebijik sebab terselit jadi salah sorang lucky winners GiveAway Deanna Morni. Pastu pulak tetiba harini abam posmen datang hantar satu lagi envelope. Terkejut jugak sebab rasanya dah takde join mana-mana GA atau kontes.


Pastu bila bukak je envelope, rupa-rupanya Deanna bagi keychain ni sebagai ganti kepada vespa haritu sebab ada sikit 'kecederaan' kat vespa tu. Ya Allah semoga bertambah murah rezeki Deanna sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. 

Terharu kitewwww tawu tak T____T


Salam Ramadhan pada semua :)


Jangan Terkejut | Hadiah Vespa Sebijik

10 June 28 Comments

Alhamdulillah berkat join GiveAway anjuran Deanna haritu. Terselit jugak antara jutaan (jutaan engko ! hahahaha) penerima hadiah. Deanna jumpa peti harta karun sebenarnye masa dia buat GiveAway ni tu pasal belambak gila hadiah dia bagi. Rugi sapa tak join haritu ehehehe =P


Dapat vespa hijau sebijik tapi aku konfius sikit sebenarnye ni made in Padang Besaq ke Thailand sebenarnye. Ya aku paham kedua-dua tempat tu sangatlah tak jauh dan mngkin sebab tu jugak dia mengalami kecelaruan identiti. Takpelah yang penting perlajanan vespa ni jauh dan sekarang pit stop dia adalah dengan aku.

Terima kaseh Deanna for this green vespa! Semoga murah rezeki dan dirahmati selalu.. hehehehe


Jeng Jeng Jeng

02 June 51 Comments

Cuti sekolah dah bermula. Kerja-kerja pun makin bertambah, Masa yang sebelum ni agak banyak aku boleh guna untuk blogging, kini tidak lagi (macam skrip iklan daaaaa)


Bila cuti sekolah bermula, dapatlah akak ipar aku balik ke kampung ni. Dan bila akak ipar aku balik. maka maknanya --- Makaaaaaannnnn! 

Akak ipar aku ni jenis suka explore benda makan. Asal jumpa je resepi yang ada perkataan 'mudah' kat tajuk dia, memang dia akan ajak aku cuba buat. Contoh : Resepi Dimsum Mudah. 

Ada perkataan 'mudah' kan? Konfem memang dia ajak aku buat. Dan memang ternyata tak susah pon nak buat dimsum atau pun dumpling ni. Aku tak tawu sangat pon beza dimsum dengan dumpling tu cemane tapi yang aku tawu, bila dah masak (aku kukus) pastu cicah dengan sos dia, perhhhhh memang rasa tak cukup la pulak kalau 4 - 5 bijik je. Nak kena berbijik-bijik baru puas makan. 

Takpe-takpe, nanti boleh buat lagi jyeahhh~