NICU stands for?

18 November 8 Comments
Alhamdulillah dah hampir selesai semua lokasi Karnival Hari Terbuka Pusat Internet under department yang aku bekerja sekarang ni.


10 Oktober : Felda Gunung Bongsu,Kedah
11 Oktober : Felda Ijok, Selama,Perak
14 Oktober : Felda Sungai Behrang,Slim River,Perak
17 Oktober : Felda Besout 2,Sungkai,Perak
31 Oktober : Felda Trolak Utara,Sungkai,Perak
4 November : Felda Sungai Klah,Perak
7 November : Felda Besout 1,Sungkai,Perak
14 November : Felda Besout 4,Sungkai,Perak
24 November : Felda Besout 5,Sungkai,Perak

Tinggal satu lagi lokasi terakhir. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti. Dan buat masa ni, aku masih lagi berkerja seorang diri sebab partner kerja aku masih belum dapat masuk kerja sebab bersalin baby pre-matured masa 31 Ogos haritu. 



Khabar gembira aku dapat kemarin - dia akan room in bersama baby pindah dari wad KK9 kepada wad KK8 dan baby juga sudah mampu breastfeed direct daripada ibu dia. Berat juga semakin naik. Lepas 79 hari barulah dapat stay bersama dengan baby. Touching tak touching imagine sendirilah cemane rasa dia kan.

Mohon doa daripada kawan-kawan ya :")



Na, Mintak Tolong...

17 November 18 Comments
Macam biasa.. Tempat kerja aku ni dah memang jadi tempat wajib untuk cecikgu terutamanya cikgu tadika mohon pertolongan sebabnye majoriti cecikgu tadika di kawasan sekitar kawasan kampung aku ni, cikgu-cikgunya berusia hampir 40-50 tahun. Maka dengan itu, apa saja yang melibatkan kerja-kerja pengkomputeran mesti terus datang ke tempat kerja aku ni sebab alasannya cuma DUA:

iaitu TAK PANDAI GUNA KOMPUTER dan TIADA MASA. 

Untuk tahun ni, aku diminta untuk tolong designkan brochure 
untuk hari pendaftaran murid tabika 
kemasukan 2016 nanti. MINTAK TOLONG DESIGNKAN okay. 
Untuk pengetahuan engkorang semua, aku memang takde ambil sebarang jurusan komputer ataupun design atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Aku jenis explore je selagi boleh. Dan untuk itu, demi membantu cecikgu tadika sekitar sini, aku tak kenakan sebarang charge pun selalunya. Artwork & Design (yang tak seberapa daripada kepala hotak aku tu aku tak charge apa pun kat deme)

Aku ni jugak ada satu kelemahan : SUSAH UNTUK MENOLAK KALAU ORANG MINTA TOLONG (depends jugak tolong dari segi apa. kalau melibatkan kewangan memang aku tolak tanpa was-was. hahahaha) 

Entry kalini panjang lebih sikit daripada biasa. Kalau sanggup nak baca, boleh la klik readmore. Kalau tak sanggup, takyah teruskanlah kehkehkeh


Namanya Tugu Monas

11 November 30 Comments
Aku pernah dengar pasal Tugu Monas ni masa dengar satu lagu dari seberang tu.. apa tajuk dia aku dah lupa tapi yang aku ingat memang ada kat lirik dia : "...Tugu Monas...." hahaha haaa gitteww =P


sumber : Monas

Aku tak pernah sampai pun lagi ke Tugu Monas (Jakarta) ni. Ini pun cuma souvenier dari Incik Boss aku (Ex Boss aku yang sempoi gila dedulu tu). Incik Boss aku ni memang kalo p memana, jenis tak pernah lupa kami ex staff dia. Dia anggap kami-kami ni dah macam adik-adik / anak-anak dia. 

Haritu dia ada urusan kerja kat Bangkok-beli jugak something untuk kami. Pastu urusan kerja kat Singapore pon sama jugak. Kalini dia lepas ada urusan kerja di Indonesia -- pun ingat jugak belikan something untuk kami-kami ni semua. Terima kaseh Incik Boss. 

Terharu saya sebab Encik tak pernah lupa kami T__________T (panjang gila muka terharu. Tak taw coding cemana nak buat bagi boleh boh icon-icon yang macam kat whatsapp tu. yang ada monyet tutup mata apa semua tu) Ada sesapa taw dak? Cer kongsi cer kongsi kikiki




Oooi Lama Tak Hapdet

21 October 44 Comments
Aku agak bizi terlajak bizi sebenarnye semenjak dua tiga menjak ni. Memandangkan kena kerja sorang² sebab partner kerja aku terbersalin awal daripada due date dia. Pastu pulak banyak program luar kena buat. Tu yang lama tak muncul sini.

Bebaru ni pulak, turn ofis aku kena buat Open Day (Karnival) untuk komuniti sekitar sini. Aku terpaksa mohon bantuan rakan² sekerja dari site lain untuk bantu aku sepanjang persiapan sebelum, semasa dan selepas program. Sipbaiklah jugak diorang semua tak berkira tenaga. Sudi jugak tolong aku ni. 

Alhamdulillah penuh jugak dewan untuk program separuh hari tu. Mulanya masa pagi tu aku...

Online Video Rotator

01 October 24 Comments
Bebaru ni aku didatangi (tudia skemanya rasa ayat) oleh seorang cikgu tadika (bukan cikgu tadika yang selalu datang bawak anak murid dia belajar komputer kat ofis aku ni) Ni cikgu dari tadika kawasan jajahan kampung sebelah.

Dia datang ofis aku pastu mintak bantuan kat aku cemana nak combine video yang dia record kat fon untuk jadikan 1 video panjang terus. Bila aku dah tolong tunjukkan cara untuk transfer video dari henfon dia tu masuk ke komputer pastu aku ingatkan bolehlah terus combine kan aje. 

Rupanya tidak seperti yang aku angankan. Tak semudah itu. Dah la masa dia datang tu waktu tu lah jugak ramaaaaaaai pulak customer datang waktu yang sama. Masa tu lah jugak semuanya perlu dibantu macam-macam. Semput gak aku mulanya tu. Sana sini dok panggil.

Aku terpaksa handle ofis sesorang bermula 1 September haritu disebabkan partner kerja aku TERbersalin awal (baby pra-matang) masa subuh 31 Ogos kat Hospital Kuala Lumpur. So bermulanya September aritu maka bermulalah jugak timeline kerja berseorangan bagi aku. Semuanya aku kena handle sorang compare sebelum ni kami berdua handle sesama.

Bila dah terpaksa kerja sesorang, segala masalah aku kena telan sesoranglah sebab takde dah lagi sebelah sayap T__T . 


Untuk kes cikgu tadika yang datang mintak tolong tu,