Jejak Digital : Contoh Resume Mudah Dan Kemas

Baru-baru ni ternampak ramai jugak kawan² pakat share kat fesbuk diorang berkenaan dengan contoh resume yang simple dan kemas dengan hanya SATU PAGE saja tapi ada semua maklumat yang penting kat situ.

Sebenarnya dulu masa tahun 2011, aku pernah share pasal resume mudah dan kemas jugak tapi yang aku tengok baru² ni lebih cantik grafiknya dan kalau mohon jawatan bahagian designer atau yang berkaitan aku rasa memang terus dapat tempat di mata penemuduga.  Aku ulang semula. Mendapat tempat 'di mata' penemuduga tau. Bukan aku kata MENDAPAT KERJA. Dapat kerja atau tak, belum tentu lagi tapi yang penting dapat grab perhatian dia kehkehkeh
Bayangkan ada beribu resume bersepah depan penemuduga pastu tetiba engko punya lain dari yang lain. Dia dah naik muak tengok semua sepesen aje resume tetiba engko punya perghhhh lain macam. Tak ke rasa bertuah ? Dapat dipanggil interview pon dah kira sangat bertuah kalau nak dibandingkan orang lain yang langsung tak pernah dipanggil walaupon dah berpuluh kali dia hantar resume.

CONTOH-CONTOH RESUME RINGKAS DAN MENARIK PERHATIAN PENEMUDUGA


sumber : FB MomentColor

Nampak perbezaan SEBELUM dan SELEPAS ? Memandangkan rakan sekerja aku terpaksa memilih untuk berhenti kerja baru-baru ni, jadi pihak atasan mengarahkan aku untuk iklankan kekosongan jawatan dan aku terlibat dalam penerimaan dan pemilihan resume calon-calon yang mencuba nasib.

Walaupun aku hanya menerima je resume yang dihantar, tapi disebabkan jawatan yang perlu diisi tu merangkap bakal rakan sekerja baru aku nanti maka sikit sebanyak, Boss aku tetap ambil kisah tentang 'mana satu dan siapa calon' yang aku berkenan berdasarkan pada resume-resume tu semua.

Macam yang aku kata awal tadi : 'dapat grab perhatian'

Itu keyword dalam kita buat resume ni sebenarnya.
Kalau ada KABEL takyah cerita.
Resume cincai pon takde hal sebab engko dah ada kabel tolong kipas.
Ini untuk yang hantar resume tak guna kabel.
Orang atasan tu tak kenal langsung siapa kita dan macam mana kita.

Bila aku bagitawu si polan si polan yang aku rasa berkenan,Boss aku mesti tanya apa sebab dan faktor yang menyebabkan aku pilih si polan tu?

Jawapan : mestilah berdasarkan pada resume. KEMAS & PADAT.

Tak perlu 2-3 helai bazirkan kertas. 1 page je dah cukup.
Paling penting bahagian GAMBAR & PENGALAMAN KERJA / KURSUS.
GAMBAR tu lagi kemas kalau background dia transparent je.
Macam biasalah manusia kan suka tengok pada yang cantik.
PENGALAMAN KERJA / KURSUS tu susun ayat biar ringkas tapi power.
Isi pengalaman tu biar yang berkenaan dengan jawatan yang kita pohon tu.
*ada jenis buat 1 resume je pastu print resume yang sama untuk mohon jawatan lain
*bukan tak boleh tapi kurang 'kick' sebab kat bahagian PENGALAMAN/KURSUS tu lah

Nak taknak orang atasan memang akan tengok berdasarkan pada pengalaman kerja/kursus.
Kalau takde berkenaan langsung dengan jawatan yang dipohon, payahlah sikit chances nak dipilih.

Ok setel part resume.
'Partner Baru' aku dah dipilih.
InshaAllah bakal melapor diri akhir Januari nanti hehehe


24 comments:

  1. cantik je resume skrg kan. kalau dulu mmg plain je huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kurang pendedahan huhuhu

      Delete
  2. Memang memancing perhatian betul resume sekarang ni. Cantik-cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene ubah dah ni hahha. Ritu buat yg simple je nanty nk ubah bagi hok comey sikit ^-^

      Delete
    2. tu la utk pencari kerja zmn skrg ni mmg kena buat resume cecantik sbbnye dgn zmn yg makin serba mncbar ni, mmg perlu ada 'sesuatu' yg boleh grab perhatian penemuduga hehe

      Delete
  3. Ana, akak dah terima kiriman istimewa Ana. Terima kasih banyak2 ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kak dapat juga ^-^

      Delete
    2. Alhamdulillah dah slmt smpai ye kak Farrah & Wardah.
      Terima kasih sbb sllu singgah sini hehehe :)

      Delete
  4. haritu ada design resume sendiri pahtu buat separuh jalan sebab malas hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dah mmg ada kerja skrg, takpe boleh je tolak tepi dulu resume tu hahaha

      Delete
  5. This is a good post.
    Semua orang dah tahu resume itu penting sbg tanggapan pertama kepada majikan, tapi aku rasa masih ramai yang tak berapa tahu cara nak grab tanggapan pertama yang positif dari pandangan orang yang menilai.

    This is good, Ana. Good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku harap moga perkongsian tak seberapa ni, dpt beri manfaat pd org2 yg na hantar resume kat luar sana.

      Delete
  6. Akak nice sharing. Rasa terinspirasi pula bila baca.

    ReplyDelete
  7. Nice sharing. Boleh gak aku improve resume aku tu..
    Betul gak ckp kau, gambar background transparent nampak kemas la, tp kena pandai edit tu... So, aku kena belajar gak la appication utk edit gambar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku share ni base on pada pengalaman aku tgk boss2 aku select resume calon2 yg mencuba nasib tu la.
      mungkin tak sama pada lain penemuduga tp aku rasa tak byk bezalah.

      kalo aku tak silap, boleh guna MS Office jugak utk hilangkan background gambar.
      Nanti aku cari balik kat mana aku ada terbaca aritu pastu nti aku share :)

      Delete
  8. dulu buat resume stanar cam yg 'sebelum' tu..skrg dah boleh buat yg design mcm ni eh

    ReplyDelete
  9. okay done bookmarked entry ni dan link entri yang ada dalam entri ni...sangat berguna untuk freshie yang maha noob dalam alam pekerjaan sebenar...macam gua...T^T

    thanks ana! semoga jalan hidup ana dipermudahkanNya kerana Ana telah memudahkan hidup org lain...^_^

    ReplyDelete
  10. macam mana nak buat resume tue :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai nurain. alamak maaf ye baru perasan komen awak *icon tutup mata*
      boleh cuba buat resume cenggitu kat www.canva.com . ada byk pilihan template hehe

      Delete
  11. Di mana boleh dapat template mcmtu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan saye sbb baru perasan komen saudara di sini *icon tutup mata*.
      boleh cuba dptkan di www.canva.com ;)

      Delete